Tahniah, Jue Aziz selamat bernikah

1,823 views

Pelakon Jue Aziz mengesahkan dirinya kini telah kembali bergelar sebagai isteri. Ini setelah Jue Aziz selamat bernikah dengan seorang jejaka bernama Ridwan bulan lalu. 

Dikhabarkan Jue dan Ridwan melangsungkan pernikahan pada tarikh 18 Ogos 2024 yang lalu. 

Majlis pernikahan diadakan di Masjid Abu Al Darda, di Nilai, Negeri Sembilan. 

Ianya hanya dihadiri keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak saja termasuklah rakan rapat. 

Jue menerima mas kahwin sebanyak RM222 dan juga seutas gelang serta sebentuk cincin. 

Pelakon berumur 40 tahun itu, berkata, dia dan suaminya itu dah lama kenal antara satu sama lain dan akhirnya kini mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, 

Ini komen Jue atau nama penuhnya, Zuliana Abdul Aziz. 

“Sejak bila kami dah kenal tu biarlah rahsia namun apa boleh saya beritahu, kami ni sudah lama kenal.” 

“Bukan mudah mengambil keputusan berkahwin ni.” 

“Patutnya kami plan mulanya, nak nikah hujung tahun tetapi majlis ni dipercepatkan sebb nak tunaikan permintaan ibu saya yang dah pun berusia.” 

“Agak kelam kabut juga kerna mahu memastikan semua ahli keluarga available pada tarikh tersebut dan syukur sangat, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.”  

“Apa yang paling penting ialah restu dari keluarga.” 

“Anak saya pun sekarang ada papa baru.” 

Jue tidak mahu berbicara lanjut tentang suaminya itu, namun dia berkata, Ridwan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya. 

“Umur dia rahsia tapi dia lebih muda dari saya.” 

“Suami ni seorang yang sentiasa beri sokongan dan faham kerjaya saya.”  

Sebelum ini, Jue pernah berkahwin dengan Bayu Praman namun perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2019. Mereka tiada anak kandung namun mempunyai seorang anak angkat. 

Tahniah diucapkan kepada Jue Aziz selamat bernikah dengan Ridwan, semoga hubungan ini mendapat keberkatan dan bahagia selalu.