Raja Ilya cakap Bahasa Melayu dengan anaknya

1,093 views

Pelakon Raja Ilya kini menetap di Asutralia setelah berkahwin dengan suaminya, Trent Garrett. 

Walaupun duduk di perantauan, Raja Ilya tetap ingat dan terapkan budaya Melayu kepada anak perempuannya iaitu Talita Love. 

Sungguhpun di Australia menggunakan English dalam kehidupan harian, Raja Ilyan tetap mengajar anaknya untuk berturut dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. 

Dalam satu video, Raja Ilyan ada menujukkan kebolehan anaknya itu berturut dalam Bahasa Melayu lantas menjadi perhatian warga maya. 

“Dalam video itu anaknya bercakap ayat buat apa tu.” 

Ramai yang memuji Raja Ilyan untuk sentiasa menerapkan penggunaan bahasa ibunda itu kepada anaknya.  

Ini komen dari penerbit terkenal A Aida: “Bagus sayang, Raja Ilya, mengajar anak cakap dalam bahasa Melayu.” 

Raja Ilya yang terbaca komen berkenaan lantas menulis reply. 

Katanya, anaknya itu kini merupakan temannya untuk berbual dalam bahasa Melayu/   

“Syukur alhamdulillah, lepas ini ada gang saya untuk bersembang bahasa Melayu. Kalau harapkan suami, sampai sekarang dia tak faham lagi.” 

Bukan itu saja, Ilya juga memberitahu, anaknya itu turut menggemari makanan yang menyami selera orang Malaysia. 

Antara kegemaran anaknya ialah ikan bilis goreng.  

“Dia ni memang tekak orang Malaysia. Ketika mengandung Talita dulu memang saya suka sangat makanan Malaysia, lagi-lagi ikan bilis goreng makan dan juga lauk kari. Sup, nasi goreng, sayur semua pun ada letak ikan bilis.” 

“Sekarang ni Talita pula jadi sangat gemar dengan ikan bilis goreng. Pandai betul anak saya ni makan.” 

@rajailya2021

Buat apa tu?????

♬ original sound – Raja ilya

Wanita berumur 39 tahun ini bernikah dengan  Trent Garrett pada tahun 2018 di Perth, Australia dan tak lama kemudian terus mengikuti suaminya itu untuk menetap di negara yang terkenal dengan haiwan Kangaroo itu. 

Pda tahun 2022, Raja Ilya dan suami menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka, seorang anak perempuan yang diberi nama Talita Love. 

Raja Ilya kini sedng hamil anak keduanya.