Dah nak kahwin, ini ucapan khas Kamal Adli untuk Uqasha Senrose

5,517 views

Baru-baru ini jika dilihat di laman media sosial adik beradik dan rakan rapat Uqasha, Nelydia Nelydia dan Raysha Rizrose, dapat dilihat ada satu majlis khas yang dibuat untuk Uqasha Senrose.

Selain adik beradik Senrose, turut kelihatan sepupu rapat mereka iaitu pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose turut hadir di majlis berkenaan.

Dengan adanya majlis ini, ianya seperti memberi gambaran perkahwinan Uqasha Senrose dan Kamal Adli akan berlangsung tak lama saja lagi.

Ketika majlis berlangsung, Kamal Adli telah memberi kad ucapan buat bakal isterinya itu. Dari kad berkenaan, Kamal telah menulis nukilan hati buat Uqasha.

“Sayang, I love you so much. Awak sangat cantik. Awaklah yang terbaik serta perkara terhebat yang pernah terjadi dalam saya hidup saya.”

“Saya memang tidak mahu kehilangan awak sayang. Kita sudah tentu akan dapat lalui semua ini.  Nak sehidup dan semati dengan awak seorang saja. Saya teramat sayangkan awak, sayang.”

Itulah antara bait-bait kata yang ditulis oleh Kamal Adli khas buat Uqasha Senrose ketika majlis berkenaan.

Kamal Adli turut muatnaik foto Uqasha Senrose di laman Ig miliknya, dan mengatakan Uqasha amat cantik selain mengharapkan segala urusan akan dipermudahkan untuk mereka berdua.

Ramai beranggapan sememangnya majlis pernikahan antara Uqasha Senrose dan Kamal Adli akan berlangusng dalam masa terdekat.

Antara hint yang jelas ialah Kamal Adli turut ada dilihat telah pergi mengukur baju di butik terkenal.

Sudah tentu majlis khas yang diadakan untuk Uqasha ini merupakan hint paling jelas. Pada malam Selasa, semua bridesmaid telah dijemput untuk makan malam bersama Uqasha dan diberi beberapa hadiah termasuklah rantai dari Nelydia Jewels.

Namun tarikh sebenar pernikahan antara Kamal Adli dan Uqasha Senrose masih belum didedahkan kepada umum. Kita tunggu sajalah.