Tahniah! Penyanyi Aishah kini bergelar Datuk

4,751 views

Penyanyi Aishah kini menerima gelaran Datuk setelah dikurniakan pingat Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan. Ianya bersempena Hari Keputeraan yang ke 74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Bekas juara rancangan Gegar Vaganza itu telah berkata ianya membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk terus berjuang dalam bidang seni suara.

“Saya amat terharu dengan kurniaan ini. Gelaran Datuk merupakan satu pengiktirafan buat saya sepanjang 35 tahun saya melibatkan diri dalam dunia seni suara ini.”

“Tapi ada juga terasa sedih dan sayu sebab terkenang, ibu bapa dan adik beradik saya semua dah tiada untuk sama-sama meraikan pengiktirafan yang saya dapat pada hari ini.”

“Apapun, nasib baik saya masih mempunyai keluarga, anak-anak, sahabat handai serta para peminat untuk sama-sama rasai kegembiraan ini.”

Aishah berkata dia telah menerima surat rasmi tentang anugerah berkenaan pada bulan Disember baru-baru ini.

“Melalui plan awal, saya akan hadiri istiadat pengurniaan darjah kebesaran pada hari Sabtu depan ini.”

Kepada yang tak tahu, Aishah merupakan anak jati Negeri Sembilan, beliau lahir di Jempol.

Bukan saja terkenal di Malaysia, Aishah sebelum ini pernah menyertai kumpulan antarabangsa, The Fan Club .

The Fan Club adalah kumpulan dari New Zealand dan Aishah sempat merakamkan dua album bersama kumpulan berkenaan iaitu album Sensation pada tahun 1988 dan album Respect The Beat pada tahun 1989.

Lagu kumpulan The Fan Club juga pernah menduduki carta Billboard Hot 100 pada ketika itu.

Selain itu, Aishah juga pernah menjadi Bintang Paling Popular pada tahun 1990 dan juga memenangi Anugerah Juara Lagu sebanyak dua kali pada tahun 1990 dan juga tahun 1995.

Tahniah kepada Datuk Aishah, semoga terus sukses.