Zul Ariffin menerima komen yang kurang enak setelah iklan lakonannya menunjukkan babak dia ada bersentuhan dengan seorang wanita.
Malah ada juga babak yang mana Zul Ariffin mendukung wanita berkenaan di dalam satu iklan produk bengkung.
Ramai yang kecewa, Zul Ariffin bersentuhan sedemikian apatah lagi ramai ingatkan dia sudah berubah baru-baru ini.
Akhirnya Zul tampil memberi komen tentang isu ini. Jelasnya apa yang berlaku itu secara spontan saja.
“Saya tak ada pun buat kenyataan bahawa saya tak akan lakonkan babak mendukung wanita.”
“Idea buat adegan pegang tangan, dukung itu hanya berlaku secara spontan, kami tak ada rancang pun. Mulanya kami risau juga tentangnya namun selepas tonton semula, nampak okey saja, dan kami proceed.”
“Aksi dukung dalam iklan itu, sama seperti apa yang saya buat dalam lakonan di drama. Apa yang penting mesej yang mahu disampaikan iaitu tentang kelebihan produk itu.”
Zul Ariffin turut dilantik sebagai duta produk bengkung Superwoman dan ada mengeluarkan edisi terhad.
Jelasnya segala tomahan yang diterima dia mampu hadapi dan seoatutnya tidak menjadi isu.
“Berkenaan, komen dari orang ramai, ianya macam sarapan pagi buat saya, saya telan semuanya.”
“Adegan itu patut tak jadi isu kerana ianya merupakan kerja saya. Saya juga dilantik sebagai duta produk berkenaan.”
Tentang lantikkannya sebagai duta, Zul Ariffin akui ianya satu cabaran buat dirinya untuk menjual barangan wanita.
“Ini adalah satu cabaran yang baru untuk saya sebab ini kali pertama saya jadi duta untuk produk yang diguanakan oleh kaum wanita.”
“Tetapi, sebenarnya bengkung bukan saja untuk wanita malah saya sendiri pun guna semasa bersukan dan exercise.”
“Lepas guna, saya dapati bengkung boleh membakar lemak dengan lebih cepat.”
Itulah komen dari Zul Ariffin tentang video viral baru-baru ini.