Tak bau syurga, netizen bertelagah dengan Sarah Hildebrand dan suami

2,166 views

Kisah berkenaan tindakan drastik Sarah Hildebrand untuk kembali membuka hijab masih lagi jadi buah mulut para netizen di luar sana. Ramai netizen yang masih lagi kesal di atas perubahan mendadak yang dibuat oleh Sarah Hildebrand itu.

Kalau di lihat di laman media milik Sarah, memang banyak komen yang ditulis yang ada kaitan dengan isu tudungnya.

Walaupun ada yang memberi semangat dan mendoakan agar Sarah Hildebrand kembali mendapat cahaya hidayah, namun ada juga yang memberi komen kurang elok kepadanya.

Tidak sahaja di IG Sarah, namun, di laman media sosial milik suaminya iaitu Otton gillen, ada juga para netizen yang menulis komen berkaitan hal ini.

Dalam update terbaru, di IG Otto, dia ada muatnaik gambar dengan Pu Azman, dan memuji penceramah berkenaan. Namun ada seorang netizen menulis satu komen yang agak lantang.

“Tell your wife to wear headscarf again” Itulah antara komen lantang yang ditulis di sekeping foto terbaru Otto Gillen.

Komen berkenaan juga mengatakan orang yang menanggalkan tudung dan tayang aurat ini tak akan dapat bau syurga.

Melihat komen berkenaan Otto Gillen terus membalas komen berkenaan, dan mengatakan ‘never tell me what to do’.

Otto Gillen dan individu berkenaan telah berbalas komen sehinggalah Sarah Hildebrand turut memberi respon. Ini tulis Sarah.

“How do you know that god will not guide me to the right path? Jika awak tak tahu, jangan nak berdakwah seperti awak tahu. Jangan hantar mesej yang salah kepada suami saya. Sejujurnya ini bukan masalh awak, its none of your concern, harapnya dapat doa yang terbaik saja untuk semua”.

Sarah Hildebrand telah kembali membuka hijab sekitar pertengahan bulan Oktober yang lalu setelah hampir 5 tahun menutup aurat.

Sebelum ini, Sarah Hildebrand ada buat kenyataan sekiranya ada yang tak suka, bolehlah unfollow laman media miliknya itu.