“Tak nak nikah online” Kamal Adli umum tunda pernikahan dengan Uqasha

3,397 views

Kamal Adli akhirnya mengesahkan pernikahannya dengan pelakon jelita Uqasha Senrose kini telah ditunda.

Semuanya ada sebabnya, dan Kamal Adli telah tampil memberi apa puncanya mereka terpaksa tunda pernikahan mereka.

Pelakon ini menjelaskan keadaan perintah kawalan pergerakkan ketika ini menjadi punca utama selain rancangan perkahwian yang dibuat telah pun dibayar dan tidak boleh ditarik balik.

Sekarang ni, kita tangguh perkahwinan dulu sebab tak mahu nanti ada isu yang berbangkit. Sekarang sedang PKP, lockdown, jadi kita kena hormat.

Nanti bila dah dibenarkan merentas negeri, barulah kita berdua akan kahwin seperti yang telah kami rancangkan.

Kerana apa? Kerana, kita dah pun bayar semuanya. Memang tak boleh nak tarik balik, ambil semula duit. Satu lagi, kalau boleh saya nak majlis kahwin kami jadi satu peristiwa yang saya dan isteri akan ingat serta kenang sampai ke bila-bila.

Walaupun boleh nikah secara online, Kamal Adli mengatakan dia lebih prefer nikah seperti dulu dengan adanya tetamu yang boleh diundang. Malah Kamal berkata lebih baik tunggu kes virus berkurangan dulu.

Taknak lah nikah secara online, nanti yang boleh datang pun tak ramai, berapa orang saja. Apa yang nak dikenang nanti. Dalam masa yang sama, kita hormat dengan lockdown dan tunggu kes covid negara kita ni reda dulu.

Sebenarnya, jika tiada PKP, pasangan ini akan bernikah pada minggu depan. Mereka merancang bernikah di sebuah pusat peranginan. Rancangan ini diteruskan namun tarikhnya saja ditunda dan semuanya bergantung kepada keadaan kes yang masih lagi tinggi.

Namun begitu, sekiranya terlalu lama, dan kes masih lagi tak turun, mereka terpaksa mengalah dan mungkin akan buat yang wajib terlebih dulu.

Jika tak disebabkan PKP, saya dan Uqasha akan nikah pada minggu depan rasanya. Patutnya minggu depan kami nikah.”

Kita hold dulu tengok macam mana kes sedang naik kat Malaysia. Kita kena hormat sebab tak nak nanti akan ada orang cakap kami ni artis kayanganlah atau benda-benda seperti itu.

Kalau PKP ini lama sangat, mungkin kami akan buat apa yang wajib dulu iaitu akad nikah. Sekarang, kita tangguh dulu tengok macam mana.

Itulah penjelasan dari Kamal Adli, 35 tahun tentang rancangan pernikahannya dengan Uqasha Senrose 28 tahun yang dibuat melalui portal Kosmo.