Sajat diburu lagi, saksi kes penipuan tukar maklumat kad pengenalan

2,869 views

Banyak betul kes polis yang melibatkan usahawan yang juga jutawan kosmetik iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat ni.

Kali ini nama Nur Sajat disenaraikan sebagai salah seorang saksi untuk satu kes. Gambarnya telah terpapar sebagai individu yang menjadi saksi satu isu membabitkan penukaran maklumat pada kad pengenalan.

Menerusi satu paparan gambar bertarikh 11 Jun 2021 dari bahagian siasatan Ampang Jaya, pihak polis kini sedang memanggil Nur Sajat hadir untuk membantu kes pertukaran kad pengenalan.

Gambar Sajat dan butiran telah didedahkan. Antaranya ialah alamat terakhir Sajat yang berada di Kota Damansara.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya memaklumkan Sajat sebagai salah seorang saksi dikehendaki hadir ke prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada tarikh 14 Julai ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di Kota Damansara, Selangor untuk menghadiri perbicaraan kes.

“Jika ada pihak yang ada info boleh hubungi pegawai penyiasat iaitu Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019 2692954.

Untuk info Nur Sajat kini sedang hilangkan diri setelah tak hadir ke satu prosiding mahkamah berkenaan dakwaan memakai pakaian wanita di satu event.

Sejak itu, Sajat diburu oleh pihak berkuasa malah waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya. Sehingga kini banyak spekulasi tentang dimanakah Sajat sembunyi, ada yang kata dia dah pergi ke Thailand dan ada yang kata dia menyorok di Johor.

Baru-baru ini, adik Sajat bernama Mustika menjadi viral kerana membuat parody melibatkan suara abangnya itu. Menerusi satu temubual, Mustika dan family akui tak tahu di manakah Sajat berada namun rasa kesian dengan anak-anak Sajat yang dah lama tak jumpa dengan Sajat.