“Tak tahu punca berpisah, dia menantu yang baik”

6,912 views

Kini perkahwinan antara pengarah Aziz M Osman, 60 tahun, dan Puteri Lily, 34 tahun, telah pun berakhir setelah 13 tahun berkahwin. 

Bapa kepada Puteri Lily iaitu Lokman Ghani, 62 tahun, tampil memberi komen tentang rumah tangga anaknya itu. 

Melalui laporan Harian Metro, kata Lokman, anak perempuannya itu jarang bercerita tentang kisah rumah tangganya dengan Aziz M Osman. 

Sebagai pemerhati, dia melihat rumah tangga itu dalam keadaan baik saja, rupanya akhirnya runtuh jua. 

“13 tahun ini, saya nampak hubungan rumah tangga mereka baik-baik saja. Lily pun tak pernah mengadu ahal rumah tangganya kepada saya. Jadi, saya fikir mereka bahagia sajalah.” 

Bagi Lokman, Aziz dan Lily telahpun membuat keputusan dan dia sebagai bapa hanya mampu menerimanya. 

“Apa yang saya lihat, mereka berdua telah bercerai dengan cara yang matang. Saya reda jodoh mereka sampai di sini saya. Saya ni tetap anggap Aziz sebagai anak dan ahli keluarga sendiri.” 

Lokman memberitahu, dia sudah tahu lebih awal akan hal ini apabila Puteri Lily memaklumkan mahu berpisah dengan Aziz M osman pada awal Julai yang lepas.  

“Aziz dan Lily ada datang berjumpa dengan saya memaklumkan yang mereka dah pun membuat keputusan mahu berpisah. Sebagai bapa, tentulah saya rasa sedih tetapi saya tetap hormati keputusan mereka itu.” 

“Semasa kahwin dulu pun, mereka yang pilih dan buat keputusan berkenaan. Jadi, apabila mahu berpisah, mereka juga yang buat keputusan itu.” 

“Akan tetapi, sehingga kini, sampailah sekarang saya masih tidak tahu apa punca sebenar yang membawa mereka sehingga mengambil keputusan untuk bercerai.” 

Ayah mertua Aziz M Osman, Lokman Ghani yang juga merupakan seorang pengarah pentas berkata, dia tetap mendoakan kebahagiaan untuk mereka berdua.  

“Saya minta semua akan doakan yang terbaik untuk mereka. Sudah sebulan Aziz dan Lily bercerai, saya lihat hubungan mereka tetap baik seperti biasa.”  

“Apapun, saya akan terus mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua.” 

Sebelum ini, Puteri Lily membuat keputusan untuk memberitahu kepada umum bahawa dirinya bukan lagi isteri kepada Aziz M Osman, manakala pengarah berkenaan mengambil pendekatan untuk tidak membuat sebarang kenyataan.