“Tak payah salahkan mak ayah saya” Masya Masyitah tampil cerita punca buka tudung

4,667 views

Masya Masyitah telah tampil membuat satu sesi siaran langsung baru-baru ini. 

Melalui siaran ini, Msya telah melayan komen-komen dari followernya. 

Sudah tentu ramai yang memperkatakan tentang perbuatannya yang kini sudah tidak lagi bertudung. 

Berkata tentang buka tudung, Masya Masyitah berkata, keputisan itu merupakan pilihannya sendiri dan tidak didorong oleh sesiapa. 

Dia juga mengharapkan orang ramai tidak melibatkan ibu bapa dalam keputusannya itu.  

“Itu merupakan pilihan diri saya sendiri. Kalau ada yang nak marah ke apa, marah kepada saya.” 

“Tidak payah nak cakap yang mak saya pun ikut sama galakkan, janganlah nak menyalahkan mak ayah saya.” 

“Siapa yang kata ayah saya akan tanggung? Sendiri buat, saya sendiri lah yang kena tanggung.” 

Selain itu, Masya Masyitah yang merupakan penyanyi berbakat besar menyatakan dia pun tidak mahu lagi terlibat dalam dunia seni ini.  

“Sekarang ni saya hanya nak hidup bebas, saya dah tak mahu jadi artis dah. Saya bukan penyanyi dah, dah tak nyanyi.” 

“Sudah tak mahu ada dalam dunia glamour ni. Orang kata saya sendu, ya memang saya nak jadi sendu. Sekarang saya nak jadi orang biasa-biasa saja.” 

Jelasnya, memang ada job yang di tawarkan namun telah menolaknya. 

“Memang berlambak job yang saya dapat, tapi saya dah tolak, saya tak mahu ambil. Saya mahu rehat.” 

Katanya, buat masa sekarang dia tak mahu apa yang akan dilakukan selepas ini. 

“Saya akan jadi ahli perniagaan selepas ini, tapi saya tak cerita buat masa sekarang.” 

Dalam pada itu, Masya telah menyekolahkan orang yang memberi komen tak baik kepadanya. 

“Jaga anak sendiri, akak kan pandai komen dan beri nasihat, jaga anak sendiri saja, jangan ikut saya.” 

Selain soalan tentang peribadi, Masya juga sempat menajwab soalan tentang warna rambutnya yang ramai minati. 

“Cantik terima kasih. Rambut saya ni warna dusty pink, tapi ni dah luntur sikit warnanya. Saya beli kat Watson je, made in Jepun.” 

Masya juga berkata jika ada pihak yang kurang silalah unfollow saja akauan media sosial miliknya itu. 

“Siapa yang tak suka tu, unfollow saja lah. Benda senang tak payah nak complicated. Saya ambil yang positif saja.” 

Itulah komen dari Masya Masyitah tentang perkembangan dirinya.