“Tak tau jika mereka nak harta saya” Wanita ajak Jaafar Onn kahwin

2,296 views

Jaafar Onn kini sudahpun masuk 70 tahun. Namanya kembali bersinar melalui watak bernama Tyson dalam filem 18 Puasa di Kampung Pisang.

Tiada pasangan hidup pada umur 70 tahun, ada yang bertanya tentang hal jodoh kepada Jaafar Onn.

Rupanya, Jaafar Onn mendedahkan memang ada yang mahu berkahwin dengannya namun Jaafar Onn akui belum ada jodoh yang benar-benar membuka hatinya.

Jelasnya lagi, dirinya pernah terima kata-kata dari beberapa wanita yang mahu menjadi isterinya terdiri dari anak dara sampailah yang janda.

Saya letih dan penat bila fikir bab nak kahwin ni. Tidak tau, jika hati saya ni adakah dah tertutup sekarang.

Namun jika Tuhan kata saya kahwin, maka nanti saya kahwinlah. Kalau ikutkan, di studio masakan saya, ada lebih kurang 50 orang yang datang belajar masak.

Tapi sebenarnya mereka ni bukannya nak tengok saya ajar masak, tapi sebaliknya nak ajak saya kahwin pula.

Saya ada tanya kenapa nak nikah dengan saya. Tak tahulah jika niat mereka mahu tumpang harta saya. Sebenarnya saya sendiri pun tak pasti adakah saya ni kaya, berharta ataupun sebaliknya. Jika tengok, hidup saya ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang saja.

Untuk info, sebelum ini Jaafar Onn pernah mendirikan rumah tangga. Pelakon yang terkenal dengan rancangan Cili Padi itu merupakan duda anak satu hasil perkahwinan terdahulu pad atahun 1983. Jaafar Onn dan bekas isterinya hanya berkahwin selama empat tahun saja.

Tentang perkembangan terkini Jaafar Onn, dia sedang merancang untuk buat satu buku biografi sepanjang penglibatannya dalam bidang seni dan juga sebagai chef dalam dunia masakan.

Bercerita tentang bidang masakan, Jaafar Onn berniaga kek, pek masakan tengah hari dan juga nasi beriyani.