"Tapi Anna Jobling nak ke berlakon dengan saya" Bell Ngasri - News Tel

“Tapi Anna Jobling nak ke berlakon dengan saya” Bell Ngasri

8,295 views

Di awal kemunculan, selepas berlakon sebagai kanak-kanak, Bell Ngasri bukanlah pelakon komedi. 

Semasa belasan tahun sehingga 20an, Bell Ngasri banyak membawa watak yang bermain dengan emosi. 

Ketika umur dah hampir masuk ke 30 tahun, barulah Bell Ngasri mula berlakon sebagai pelakon komedi. 

Kata Bell Ngasri, keputusan itu dibuat setelah dia mahu rasa gembira dan mahu membuatkan para penonton gembira. 

“Dengan cerita saya, lakonan saya, video pendek saya, dapat juga anugerah ni, dah 37 tahun.” 

“Saya dulu pelakon method, tapi bila dah 20an nak ke 30an saya kata, nak happy saja. Dan saya nak buat orang happy juga bila tengok saya, jadi saya pun buat komedi.” 

Bell pun sebenarnya sedia saja membawa watak apa saja termasuk watak seperti dulu, bermain emosi. 

“Saya boleh je, masalahnya yang dorang tak nak panggil tu kenapa. Saya okey je.” 

“Sekarang director atau producer tak pun bawa saya ke arah tu. Harapkan adik (Darling), dia pun dah tak panggil saya berlakon.” 

“Takdelah gurau je, adik saya ni dia buat cerita, mungkin tak kena watak dengan saya.” 

Bell Ngasri sempat berseloroh tentang adiknya Darling yang juga seorang producer dan juga isterinya, Sha Farhana, yang merupakan seorang penulis skrip. 

“Tak nak tanya tentang isteri saya, dia tulis skrip cerita Tentang Hati Dia, Aliff Aziz yang berlakon, asal tak bagi saya, apa beza saya dengan Aliff Aziz.” 

“Sebenarnya saya kurang tinggi saja.” Kata Bell secara berlawak. 

“Itulah, saya ni tak ada pun berharap, kalau adik buat cerita kena panggil saya, isteri buat cerita kena panggil saya, tak ada pun macam tu.” 

Setelah bergelar Bintang Paling Popular, Bell Ngasri berkata dia masih sama saja macam sebelum ini. Malah dia pun tak kisah membawa watak pembantu selepas ini. 

“Ada orang kata, abang bawa watak utamalah untuk watak ni. Saya kata, awak janganlah paksa diri awak nak bagi saya pelakon utama.” 

“Kalau awak rasa saya ni tak sesuai, tapi sebab saya dapat award ni awak bagi saya berlakon, tak perlu pun.” 

“Awak panggil saya sama macam awak panggil saya dulu. Saya tak kisah pun.” 

Ditanya tentang siapakah yang akan menang jika bukan dirinya, ini jawapan dari Bell Ngasri. 

Kata Bell Ngasri calon yang dirasakan akan menang ialah Anna Jobling. 

“Saya rasa dah tentulah yang paling banyak menang iaitu Anna Jobling, malam ni dia dah menang 3 anugerah.” 

Ditanya sama ada jika dia akan bergandingan dengan Anna Jobling, ini respon Bell yang agak lucu. 

“Masa saya tengok dia, saya pun fikir macam mana saya nak jadi hero untuk dia. Betul, saya fikir patutlah director tak panggil saya. Untuk ganding dengan Anna Jobling, dia kena ambil Merqeen la, cantik berdua, sepadan. Saya pun nampak benda tu.” 

“Saya pun okey nak naikkan orang lain, paling kurang, dapat jadi pelakon pembantu untuk dorang pun jadilah.” 

“Kalau nak ganding dengan Anna Jobling tu, sudah semestinya manusia dalam dunia ni nak, tapi Anna nak ke tak.” 

Ini video penuh temubual Bell Ngasri. 

Apapun, tak sabar nak nantikan kemunculan Bell Ngasri dalam pelbagai drama atau filem selepas ni, mesti laku, dan mesti dapat sambutan. 

Latest from Hiburan


Nasihat tu untuk siapa sebenarnya, kata Jihan Muse kepada Bell Ngasri

7,476 views

Bell Ngasri, 43 tahun, kini telah pun bergelar Bintang Paling Popular di Malaysia untuk tahun 2023. 

Anugerah ini satu pencapaian yang paling tinggi buat pelakon yang sudah berkecimpung selama 37 tahun dalam bidang seni di tanah air ini. 

Kemenangannya juga diresti dan disetujui oleh segenap lapisan masyarakat, yang kebanyakkan membesar dengan lakonannya. 

Selepas pengumumannya dibuat, rakan artis Jihan Muse menulis ucapannya buat Bell Ngasri. 

Jihan Muse mendedahkan bahwa ketika dizaman kemuncaknya, memang dia kerja tak henti-henti, sampaikan Bell pernah menasihatinya. 

Bell ada memberi nasihat agar Jihan Muse berpada pada untuk kerja dan utamakan kesihatan. 

Jihan bertanya, adakah nasihat itu untuk diri Bell sendiri memandangkan Bell pun kerja tak henti-henti, seorang yang kerja kuat. 

Ini komen dari Jihan Muse kepada Bell Ngasri. 

“Ketika zaman saya sedang pulun job back to back dulu, Bell Ngasri pernah cakap kat saya. Kau ni tak reti nak rehat ke jihan. Ko kaya la macam mana pun takkan boleh beli kesihatan.” 

“Kemudian nasihat dia tu saya pun ambil sampai terlebih rehat.”  

“Jadi sekarang ni, tak tahulah tu nasihat tu untuk siapa sebenarnya. Sebabnya dia tu yang tidak pernah nak berehat. Boleh masuk smpai 3 set dalam 1 hari. Orang yang hebat.”  

“Kini rakyat dah pun memilih. Usaha yang telah membuahkan hasil. Akhirnya kemenangan besar buat YB Bell Ngasri. Tahniah ding dong bell. 

“Jangan lupa jaga kesihatan ye YB.” 

Untuk yang tak tahu, Jihan Muse dan Bell Ngasri banyak berlakon bersama, dan antara naskah yang diingati ialah beberapa segmen parodi dalam rancangan meleTop. 

Untuk episod tersebut, memang lucu habis lakonan dari Jihan Muse dan juga Bell Ngasri. 

Go to Top