Tasha Shilla dan suaminya, Atiq Idirs kini selamat menerima kehadiran ahli keluarga baru iaitu anak keduanya.
Pelakon berumur 35 tahun ini telah pun selamat melahirkan baby kedua, seorang baby girl hari Isnin, bersamaan dengan tarikh 5 September 2022.
Tasha Shila telah melahirkan anak kedua itu menerusi pembedahan Caeserean Section yang berjalan dengan lancar.
Sehingga kini kedua ibu dan anak berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Berat baby ketika dilahirkan ialah 2.19 kilogram.
Menerusi satu kenyataan, Tasha Shila dan Atiq Idris turut muat naik dan telah tayang sebagian wajah baby barunya itu. Malahan mereka juga telah mengumumkan nama yang dipilih.
Baby kedua Tasha Shila ini diberikan dengan nama Nyla Kaadira, satu nama yang cukup indah.
“Syukur alhamdulillah, anak perempuan kami yang diberi nama Nyla Kaadira telah pun selamat dilahirkan pada pagi hari isnin yang juga bersamaan dengan tarikh 5 September sekitar jam 10 pagi lebih.”
“Ini satu moment yang amat gembira untuk kami mengumumkan kehadiran Nyla Kaadira dalam family kami.”
“Saya meminta dengan keberkatan supaya semua dapatlah menitipkam doa agar baby Nyla akan menjadi seorang anak yang solehah, penyejuk mata hati ibu dan bapanya.”
“Diberikan anak ini juga ilmu bermanfaat, iman dan akidah yang kuat serta serta rezeki luas dan juga halal.”
Untuk info, Tasha Shila dan Atiq Idris telah disatukan sebagai suami isteri pada tahun 2020 dan telah pun mempunyai seorang anak sebelum ini.
Anak sulung bernama Raes Zander yang lahir di bulan Aprul tahun 2021. Tahniah buat Tasha Shila, suami di atas kehadiran baby Nyla Kaadira, semoga bahagian selalu dan akan dipermudahkan segala urusan.