Ramai tertanya mengapa Jihan Muse bukan pengacara Gegar Vaganza, rupanya ini sebabnya

9,455 views

Rancangan Gegar Vaganza musim ke 9 akan bermula tak lama lagi. Program ini amat sinonim dengan dua pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse. 

Namun untuk edisi kali ini, akhirnya tiada lagi kelibat atau gandingan kedua pelawak ini. 

Telah disahkan bahawa nama Jihan Muse tidak ada sebagai gandingan kepada Nabil untuk Gegar Vaganza musm ke 9. 

Kali ini, selebriti serba boleh iaitu Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom yang dipilih sebagai rakan pengacara kepada Nabil. 

Mungkin ramai yang nak tahu kenapa Jihan Muse bukan lagi pengacara untuk rancangan Gegar Vaganza. 

Rupanya ramai yang tak tahu bahawa Jihan Muse baru saja selamat melahirkan anak keduanya beberapa hari yang lalu. 

Kini Jihan Muse sedang berpantang selepas melahirkan baby keduanya pada hari Selasa. Oleh itu, tak dapatlah Jihan Muse menjadi pengacara untuk tahun ini. 

Berita tentang Jihan Muse selamat menimang cahaya mata kedua ini belum lagi diumumkan secara rasmi oleh Jihan dan suami, Engku Hariz. 

Namun Jihan Muse ada muatnaik beberapa ucapan tahniah yang diberikan kepadanya. 

Antara yang memberi ucapan tahniah ialah isteri kepada Fad Bocey iaitu Syaheera Rahman. 

“Tahniah kak Jihan Muse, akhirnya Arsalan dah dapat adik dia. Semoga semuanya kini berada dalam keadaan yang amat baik dan. Selamat berpantang buat kak Jihan Muse.” 

Selain isteri Fad Bocey, pihak hospital iaitu Aviesena Hospital turut sama muatnaik ucapan tahniah kepada Jihan Muse. 

“Tahniah kepada Jihan dan juga Ungku Hariz di atas ketibaan anak kedua mereka, Terima kasih sebab memilih kami.” 

Tahniah buat Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz di atas kelahiran anak kedua ini. 

Dan inilah sebabnya juga mengapa Jihan Muse tak dapat jadi pengacara untuk Gegar Vaganza musim ke sembilan ini, kita layan pula Elly Mazlein dan juga Nabil Ahmad.