Tasha Shila dedah wajah dan umum nama anak sulungnya - News Tel

Tasha Shila dedah wajah dan umum nama anak sulungnya

3,212 views

Setelah berumur 7 hari dilahirkan ke muka bumi ini, akhirnya wajah baby sulung kepada pelakon Tasha Shila didedahkan buat tatapan umum.

Tasha Shila dan suaminya iaitu Atiq turut membuat pengumuman nama yang mereka pilih untuk anak lelaki mereka itu.

Nama yang mereka berdua sebulat suara pilih ialah Raees Zander bin Muhammad Atiq.

Hal berkenaan telah dimumumkan di satu posting di laman media Instagram milik Tasha Shila dan juga Atiq.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, sempena hari ketujuh kelahiran baby sulung, saya dan juga suami memperkenalkan namanya ialah Raees Zander bin Muhammad Atiq.”

Saya harapkan, agar anda semua dapatlah sama-sama mendoakan agar Raees Zander akan menjadi seorang anak yang soleh, menjadi penyejuk mata hati Ibu dan bapanya. Semoga anak ini akan diberikan ilmu yang manfaat, mendapat iman yang kuat serta diberi rezeki halal yang melimpah.”

It is our happiest moment to announce that a baby boy Raees Zander has arrived in our family. Please keep him in your prayers.”

Perasaan gembira yang dialami oleh Tasha Shila dan suaminya memang tak dapat diungkap lagi. Ternyata kehadiran baby Raees ini memberi cahaya kegembiraan buat pasangan suami isteri ini.

Sementara itu di laman IG milik Atiq, ada ditunjukkan Raees sudahpun dicukur kepalanya. Atiq mencukur rambut anaknya itu sambil dipegang oleh Tasha Shila.

Atiq menulis ini merupakan kali pertama Raees memotong rambutnya, dan iainya merupakan sunnah iaitu cukur jambul. Atiq turut menulis hashtag tahnik di ruang caption.

Tasha Shila dan Atiq telah bernikah pada 23 Februari tahun 2020. Tasha selamat melahirkan anak pertamanya itu pada 25 April lalu bersamaan dengan hari ke 12 bulan Ramadan yang mulia ini.

Semoga Tasha Shila dan Atiq akan sentiasa bahagia apatah lagi dengan kehadiran cahaya permata ini.

Latest from Hiburan


Sharifah Sakinah kini berada di Sweden

2,829 views

Selebriti Sharifah Sakinah sebelum dilihat seperti sudah berada di luar negara. Namun ketika itu, Sakinah tidak mahu memberi sebarang respon.

Begitu juga dengan kakaknya iaitu Sharifah Shahirah yang mengatakan adiknya tu dah besar panjang dan pandai-pandai lah dia untuk jalani kehidupannya.

Kini menerusi satu laporan dari Media Hiburan, akhirnya Sharifah Sakinah akui dia memang dah pun berada di luar negara.

Katanya, Sharifah Sakinah kini berada di negara Sweden, iaitu tempat kelahiran tunangnya, Michael Hansen.

Berkelana di negara eropah itu, pelakon berumur 31 tahun ini sebenarnya sedang menjalani rawatan untuk penyakit mental yang dihidapinya.

Kini Sakinah akui kehidupannya semakin bertambah baik. Namun begitu, Sakinah masih lagi dalam fasa untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekelilling serta cuaca negara tersebut.

Syukur alhamdulilah, saya sekarang kat sini semuanya baik-baik saja. Tiada apa yang beza sangat pun, malah saya sekarang dapat rasa diri lebih tenang. Semakin selesa.”

Di bulan ramadhan ni, rutin saya untuk berpuasa kat sini, sama macam di Malaysia juga, tiada yang berbeza sangat pun.”

Yang lainnya ialah makanan, memang sukar juga nak cari makanan macam kat Malaysia. Sekarang ni saya mula rindu nak makan rendang.”

Tentang perasaan rindu dengan kehidupan di Malaysia, Sharifah Sakinah mengatakan dia hanya rindukan anaknya sahaja.

Satu-satunya anaknya iaitu Anais Adha, 4 tahun, kini berada di bawah jagaan bekas suaminya iaitu Aliff Adha.

Nak cakap tentang soal rindu negara Malaysia tu, memang takde lah sangat, cumanya saya memang amat rindu dengan anak saya.”

Sharifah Sakinah sebelum ini mencetuskan tanda tanya sama ada dia berada di luar negara setelah muatnaik beberapa foto di laman IG. Kini dah sahlah bahawa dia berada di Sweden, namun ianya untuk jalani rawatan penyakitnya.

Untuk info, Sharifah Sakinah sebelum ini telah bertunang dengan jejaka Sweden iaitu Michael Hansen.

Go to Top