Temubual eksklusif bersama Nonny Nadirah, apa dah jadi? Ini jawapan darinya

470 views

Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah menjadi bualan sejak minggu lalu. 

Ini ekoran beberapa posting di laman instagram miliknya yang agak nakal. 

Nonny dilihat tidak lagi bertudung, malah videonya juga agak berani, dengan menampilkan aksi yang mampu membuat ramai terkesima. 

Antara video yang menjadi perhatian ialah dirinya yang memotong rambut botak, dan juga mandi serta syampu rambut. 

Nonny juga ada muatnaik menunjukkan dirinya hanya memakai tuala  saja. 

Tindakan selebriti berumur 35 tahun ini mencetuskan tanda tanya, apa sebenarnya yang berlaku. 

Nonny ada memberi penjelasan bahawa dirinya juga merupakan seorang janda dan sudah lama tak disentuh. 

Selain itu, Nonny mengakui dirinya terkena buatan orang. 

TEMUBUAL NONNY NADIRAH 

Melalui satu temubual bersama portal Berita Harian, Nonny berkata dirinya bukanlah seorang yang suka protes atau melakukan perkara berkenaan kerana sunyi.  

“Saya bukanlah memberontak atau mahu nak protes apa-apa. Bukan juga didorong kerana perasaan sunyi.” 

“Pendapat saya, laman media sosial merupakan ruang berkongsi apa saja. Terpulang individu tersebut.” 

“Kalau suka boleh terus saja tengok, kalau tak suka, boleh scroll.”  

“Jikalau mahu jadi pengikut laman sosial saya, orang tu kena berfikiran terbuka. Tak perlu nak judge.” 

Nonny menjelaskan lagi, dia kini hanya mahu jadi diri sendiri saja.  

“Sebelum ni, saya ada muatnaik hal yang positif. Sebagai seorang artis dan ada yang anggap idola, saya mahu jadi contoh yang baik.” 

“Tetapi, masih juga ada cakap belakang yang terus persoalkan niat baik saya.” 

JAWAPAN NONNY KINI DEPRESI  

Nonny juga sempat berkata tentang dakwaan bahawa dirinya kini dalam keadaan tertekan, atau depresi. 

“Mereka anggap saya ni ada depresi kerana post saya tu, malah ada yang melabel saya kaki viral.” 

“Ada ke nampak saya murung selama ini? Lantaklah apa yang orang nak cakap. Saya malas ambil peduli.” 

TIADA RAKAN RAPAT DALAM BIDANG SENI 

Wanita kelahiran Sabah ini juga menambah, dia tiada rakan yang rapat dalam industri seni. 

Pernah kena buatan orang, Nonny kini lebih berhati hati. 

“Saya tiada sahabat yang rapat dalam dunia seni. Kalau berkawan pun apabila hal yang membabitkan kerja, selebihnya saya lebih suka menyendiri.” 

“Sebelum ni, saya pernah berdepan manusia bersifat dengki. Sekarang, saya dalam peringkat perkecilkan kelompok orang di sekeliling saya.” 

“Kena pilih betul-betul dengan siapa saya perlu berkawan agar pisang tak berbuah dua kali.” 

STATUS JANDA DAN JODOH 

Tentang statusnya sebagai seorang janda, ini jawapan Nonny. 

Katanya, dia tak mahu memikir hal berkaitan jodoh ketika ini.  

“Saya tak ada teman lelaki, skandal atau dibela mana-mana individu. Saya juga tak pernah nak jual diri sana-sini.” 

“Dah empat tahun saya tak disentuh, jadi memang tak terfikir nak kahwin, hanya nak fokus diri sendiri.” 

“Dulu saya lebih sayangkan orang lain berbanding diri sendiri sampaikan saya yang terluka.” 

“Saya nak berubah. Kena sayangi diri sendiri sebelum sayang orang lain sebab kita tak tahu apa niat mereka.” 

Nonny pernah berkahwin dengan Mustain Adnan pada 2019 akan tetapi mereka bercerai tak sampai setahun. 

KERJAYA DALAM BIDANG SENI 

Tentang kerjaya dalam bidang seni, Nonny memberitahu, dia kini akan kembali aktif. 

“Untuk permulaan ni, saya ada buat persembahan minggu depan.Saya kena banyak berlatih seba saya dah lama tak menyanyi.” 

“Tentang bidang lakonan, memang tak ada tawaran. Saya hanya akan terima watak yang sesuai dan dapat team pelakon yang boleh memberi kerjasama dengan baik.” 

Itulah perkembangan terkini Nonny Nadirah.