“Tengok meja makan penuh makanan, terus teringat mereka yang susah” Anzalna

1,593 views

Keadaan perintah kawalan pergerakkan telah memberi impak yang cukup besar kepada mereka yang gaji bergantung kepada kerja, atau berniaga sendiri.

Dengan tiada pendapatan secara tetap, golongan ini akan terkesan, dengan pelbagai tanggungan harus dilangsaikan.

Sehinggakan ketika ini, sudah ada kempen yang menyarankan mereka yang kekurangan, mengibarkan bendera putih, tanda memerlukan bantuan.

Keadaan ini membuatkan pelakon Anzalna Nasir melahirkan rasa risau.

Melalui satu entry di Instastory, Anzalna muatnaik satu gambar menunjukkan satu keluarga sedang mencari rezeki dengan selongkar sampah.

Anzalna menyatakan, setiap kali di amakn, sudah tentudia akan memikirkan keadaan mereka yang tak cukup makanan.

Bila saja nampak meja makan penuh dengan makanan, saya mesti terfikir kepada mereka yang kurang nasib baik. Keadaan ketika ini, janganlah kita lupakan mereka yang memerlukan.

Kalau korang ada rezeki lebih, jangan lupa untuk menghulurkan bantuan. Jangan asyik fikir content media sosial saja. Sedekah tu mestilah dengan penuh ikhlas barulah akan mendatangkan ganjaran pahala kepada kita.”

Tentang perintah kawalan pergerakkan, Anzalna menyatakan dia memang seorang yang suka duduk di rumah dan lebih seronok bersama keluarga.

Nasib baik saya merupakan jenis yang lebih suka duduk di rumah saja dan tak ada nak melepak, oleh itu memang tak terasa sangat. Adanya perintah kawalan pergerakkan ni, lebih kurnag sama saja kehidupan saya. Nampak macam bosan tapi saya sangat seronok habiskan masa bersama family.”

Tapi keadaan sekarang ni risau betul dibuatnya. Kes makin naik setiap hari. Semoga kita semua dijauhkanlah.

Itulah pandangan Anzalna tentang keadaan di Malaysia ketika ini yang masih lagi dalam perintah kawalan pergerakkan kerana kes masih lagi mencecah 5 ribu ke atas setiap hari.