(TERKINI) Pelakon Aripah Damanhuri disahkan pergi buat selamanya, ini puncanya

4,153 views

Satu bulan dimasukkan di Hospital Kuala Lumpur kerana jangkitan kuman di organ, pelakon Aripah Damanhuri, 73 tahun, akhirnya disahkan sudah pergi buat selamanya.

Kakak kepada Normah Damanhuri ini disahkan meninggal dunia pada jam 8 suku pagi tadi.

Hal ini turut disahkan oleh anak kepada Aripah Damanhuri sendiri, melalui satu post di laman media sosial miliknya.

“Mak akhirnya dah pergi jua. Kepada sesiapa yang kenali mak saya iaitu Aripah Damanhuri, dukacita dimaklumkan baahwa mak baru je meninggal dunia jam 8 suku pagi tadi di Wad 23 HKL.

“Minta semua dapat sedekahkan doa kepada mak ye. Kalau mak ada apa hutang yang masih lagi belum langsai, silalah hubungilah saya.”

Itu tulis anaknya bernama Fais Nurpais yang menggunakan akaun bernama Fais Al Hajari.

Menerusi laporan Mstar, Fais turut menyatakan jenazah Aripah Damanhuri akan di bawa ke surau di Taman Melewar dan akan ke pusat perkuburan Taman Batu Muda.

“Ya, mak baru saja meninggal pergi buat selamanya. Jenazah kini masih berada di wad dan semua urusan mandi dan kafan akan dilakukan di HKL melalui pihak forensik.”

“Jenazah akan di bawa ke surau Tarbiyah Taman Melewar untuk urusan solat sebelum dikebumikan di Raudhatul Sakinah, area Batu Muda.”

Sebelum ini, pada bulan April yang lalu, Aripah Damanhuri masuk ke Hospital Kuala Lumpur kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Kemudian doktor memaklumkan Aripah akan ditidurkan kerana paras oksigen telah menurun. Bantuan pernafasan

Pada 23 April lalu, Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Aripah Damanhuri sebelum ini dikatakan telah lama berhenti berlaklon atas saranan anak-anak yang mahu ibunya itu berehat.

Sebelum ini Aripah Damanhuri seringkali muncul di kaca TV menerusi beberapa drama dan juga filem termasuk filem Senario dan juga 12 Jam.