“Dah tiada kena mengena” Pemain bola jelaskan status hubungan dengan Dhabitah

2,892 views

Nama penerjun negara Dhabitah Sabri sedang meniti dibibir peminat sukan tanah air setelah menduduki tangga ke empat di sukan Olimpik baru-baru ini. Sikit saja lagi Dhabitah nak mendapat pingat gangsa dalam acara springboard 3 meter. Seperti biasa, acara ini telah pun didominasi oleh dua atlet China yang jauh meninggalkan para peserta lain.

Usaha yang ditonjolkan oleh Dhabitah dipuji rakyat jelata. Lantaran itu pelbagai portal dan blog di Malaysia mula buka cerita pasal gadis berumur 22 tahun ini.

Antaranya termasuk kisah peribadinya yang mana ada pihak bertanya sama ada Dhabitah ini masih single atau pun dah ada kekasih hati.

Jawapan yang diberi Dhabitah ialah “Baik saya terus terang saja, saya ni single but not available”. Komen yang diberi ini membuatkan ramai beranggapan penerjun muda ini sedang mengenali hati budi seseorang.

Kemudian ada juga tersebar foto menunjukkan Dhabitah bersama seorang jejeka yang dikatakan keasih hatinya. Setelah diamati, lelaki berkenaan merupakan pemain bola sepak muda bernama Azhar Apandi.

Akhirnya Azhar Apandi tampil membuat kenyataan setelah gambarnya sedang menikmati juadah makanan telah tersebar di alam maya.

Kata pemain bola sepak berumur 22 tahun ini, dia bukanlah buah hati kepada Dhabitah sebaliknya kisah antara mereka telahpun berakhir. Itu sebenarnya gambar lama ketika mereka ada hubungan.

Kepada awak semua, saya dah lama tiada kena mengena dengan si dia (merujuk kepada Dhabitah), jadi harapnya silalah hormat saya dan juga si dia okay. Harap kalian akan faham okay. Sayang semuanya.” Turut disertakan ialah hashtag jangan up barang lama.

Azhar, merupakan pemain bola sepak di bahagian pertahanan untuk pasukan Kuala Lumpur City dan kini sedang loan untuk pasukan The Bos Gairus awal musim ini.

Dengan itu terjawablah sudah kisah tentang Nur Dhabitah dengan Azhar Apandi ini. Bukan dialah orangnya.