Bekas juara Akademi Fantasi yang terkenal dengan tag line world iaitu Mawi tampil menceritakan kejadian yang tak diketahui ramai.
Kisah ini dialami oleh sendiri Mawi sambil disaksikan oleh isterinya, Ekin.
Ketika itulah Mawi mengambil keputusan untuk menyepikan diri buat seketika dalam bidang seni hiburan, semuanya kerana keadaan misteri yang dialaminya.
Antara yang dialami olehnya ialah acapkali muntah darah.
“Saya terlantar di katil hospital. Saya muntah darah amat banyak. Ada satu saat tu, saya bagaikan di ambang sakaratulmaut. Masa tu saya rasa mungkin inilah pengakhirannya.”
“Saya boleh diibarat seperti mati hidup semula. 15 minit saya dah tak bernafas. Apabila saya kembali sedar semula, saya nampak isteri sudah meraung menangis sambil lap darah. Semua ingat saya dah tiada.”
Kejadian ini berlaku dah sedekad yang dulu.
Kata Mawi lagi, dia sampaikan memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak malah dah tak kerap tampil di khalayak kerana risau keadaan bertambah teruk.
“Saya tak berani nak label benda ini angkara sihir atau permainan ilmu hitam dari orang sekeliling. Saya tak nak menuduh. Namun memang kejadian ini betul-betul berlaku pada diri saya, memang tak boleh nak lupa.”
Selepas itu, isterinya Ekin ada meminta Mawi untuk keluar dari dunia nyanyian bahkan dunia seni.
“Isteri saya memang mahu saya terus berhenti menyanyi. Dia harap saya akan keluar dari industri seni, dia risau kejadian sama berulang. Tetapi saya ni seorang yang amat suka menyanyi, berlakon, mengarah dan jadi deejay radio.”
“Selama tiga tahun saya diam diri, kena fikir mahu berhenti atau tidak. Lepas itu, ada datang tawaran untuk mengarah. Jadi semenjak dari itu saya lebih terlibat dalam dunia pengarahan.”
Kerana kejadian ini, Mawi mengambil ikhtibar dan sentiasa berhati-hati untuk lindungi dirinya.
“Sekarang, saya selalu amalkan apa yang seharusnya. Saya kena lindungi keluarga, isteri dan anak. Saya harus jaga diri sendiri. Amalkan solat, zikir, baca Quran.”
Itulah sedikit kisah dari Mawi.