Kekasih Shila Amzah, Ubai ada ketumbuhan di kepala

1,708 views

Kekasih kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Ubai rupanya mempunyai ketumbuhan di bahagian kepalanya. 

Pada hari Jumaat yang lepas, Ubai, yang merupakan seorang personaliti media sosial dan juga pengacar, telah pun mendapatan rawatan untuk ketumbuhan berkenaan. 

Ubai telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya itu di sebuah klinik swasta di ibu kota. 

“Alhamdulillah saya dah selesai jalani pembedahan.” Tulisnya di Ig sekitar jam 11 pagi. 

Jelas pemuda berumur 25 tahun ini, ketumbuhan berkenaan mula dikesan sejak tiga tahun lalu, pada tahun 2020.  

Bimbang memberi kesan di masa akan datang, di atas konsultasi dan nasihat dari doktor, Ubai membuat keputusan untuk membuang ketumbuhan berkenaan. 

Ini kenyataan dari Ubai.  

“Ini merupakan satu pembedahan kecil saja, untuk buang ketumbuhan di bahagian kepala. Ianya dah mula dikesan pada tiga tahun lepas lagi.”  

“Nampaknya, ketumbuhan ini dilihat telah menjadi semakin membesar lantas doktor memberi nasihat agar ianya buang.” 

“Tak naklah ketumbuhan ini terus menjadi lebih besar kerana itu saya terus saja buat pembedahan.” 

Sementara itu, Shila Amzah juga bersyukur pembedahan berkenaan berjalan dengan baik dan tiada komplikasi buat masa sekarang ini. 

Jelas Shila Amzah, keadaan Ubai masih lagi belum aktif dan kini sedang berehat buat seketika. 

“Syukur semuanya telah pun selesai. Sekarang ini Ubai sedang berehat lagi dan dirinya masih lagi dalam keadaan lemah.” 

Semalam, Ubai telah muatnaik sekeping foto menunjukkan ada balutan di bahagian kepalanya dan sedang duduk di atas kerusi roda. 

Di sisi Ubai kelihatan Shila Azmah yang setia menemaninya, setelah selesai jalani pembedahan berkenaan. 

Semoga Ubai akan terus sentiasa diberi kesihatan yang baik selepas ini, jaga diri.