“Saya tak sanggup tengok” Shuib tak mahu jumpa ‘kembar’ arwah Siti Sarah

2,383 views

Sempena hari lahir yang ke 66 Raisssuddin Hamzah iaitu bapa kepada arwah Siti Sarah, isterinya, Siti Fatima atau Mak Der telah membuat satu kejutan dengan mendatangkan seorang wanita yang memiliki wajah persis arwah Siti Sarah.

Wanita yang mempunyai wajah yang sama dengan wajah Siti Sarah itu bernama Emy Nur Faranizah.

Emy dilihat hadir dengan membawa kek kepada Raissuddin di majlis hari jadi nya itu.

Di majlis sambuat hari lahir Raissuddin itu, dilihat turut serta anak-anak Shuib namun Shuib tidak kelihatan.

Pihak media kemudian ada bertanya kepada Shuib tentang adakah dia juga akan berjumpa dengan wanita berkenaan.

Melalui laporan Harian Metro, Shuib mengatakan dia tak sanggup nak jumpa individu yang persis wajah isterinya itu.

“Jika boleh saya memang mahu mengelak dari berjumpa dengan dia, wanita yang persis wajah Siti Sarah.”

“Nak tengok dengan mata sendiri figure Sarah sekarang ini saya masih lagi tak sanggup. Ini kerana dia dah tak ada dan semestinya tiada pengganti untuk dia. Untuk tengok depan mata saya tak sampai hati dan memang tidak sanggup.”

“Untuk anak-anak nak jumpa atau tengok Emy, saya okay saja dan takda pun nak melarang.”

Shuib juga langsung tidak kisah kalau orang ramai menyamakan wajah Emy dengan Siti Sarah.

“Sebelum ini ada dengar kita ini ada tujuh kembar, muka sama kita dalam dunia ini. Satu kelebihan juga Allah nak bagi muka sama ni.”

“Ini hal yang biasa. Saya percaya setiap orang ada muka sama. Begitu juga dengan saya. Perkara sebegini memang dah ada dan tak ada isu pun.”

“Jika ada yang bertanya saya nak jumpa saja-saja, sebenarnya rindu saya dengan Sarah memang takkan pernah habis. Tapi saya memang tak boleh nak tengok, saya tahu bukan dia walaupun wajahnya hampir sama.”

Itulah jawapan dari Shuib tentang wanita yang mempunayi wajah yang mirip wajah Siti Sarah.