Hari ini melalui satu sesi live, Ustaz Ebit Lew telah menjawab segala persoalan yang dinaikkan oleh Nadir Al Nuri dan juga Caprice.
Bermula jam 12 lebih tengah hari tadi, satu persatu tuduhan serta dakwaan dijawsab dengan tenang oleh Ebit Lew.
Semuanya ada jawapannya dan live berkenaan telahpun ditonton oleh seramai 300 ribu viewers.
Ada satu isu yang turut melibatkan nama artis lain iaitu Neelofa, suaminya Pu Riz serta Heliza Helmi. Yang mana Caprice mengatakan sepatutnya mereka pergi bersama dan Ebit Lew telah bawa lari dokumen untuk pergi seorang diri saja.
Malah kisah yang dibawa oleh Caprice ini turut melibatkan ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini.
Ebit Lew menyatakan dia tak ada buat sebarang perjumpaan atau rancangan dengan nama-nama yang disebut oleh Caprice untuk pergi bersama ke Gaza. Malah Ebit juga nafi bawa lari dokumen kerana tidak pasti apakah dokumen yang dimaksudnya.
“Dia ada kata saya dah ambil dokumen yang ada nama dia, dan selebriti lain seperti Neelofa dan suaminya Haris. Dia ada mesej saya secara tiba-tiba. Tapi mulanya saya hanya bersangka baik namun dia berkeras.”
“Sejujurnya, saya ni tak pernah pun jumpa dia, Neelofa dan Harris untuk bincang perkara melibatkan Gaza. Dia pun ada kata mak Neelofa yang cerita pada dia tentang hal itu. Saya tak bawa lari dokumen, saya ikut saluran yang betul untuk ke Gaza.”
Turut menonton live berkenaan ialah tuan punya badan iaitu Neelofa. Bekas pengacara Meletop ini akhirnya menulis komen memberi respon.
Rupanya memang benar, Neelofa tidak tahu menahu tentang hal berkenaan dan pelik kenapa namanya telah dipetik oleh Caprice.
“Saya akan hubungi dan contact Caprice mengapa dia dah kaitkan nama orang yang tak terlibat. Ini tak betul. Malah ibu saya pun tak ada kena mengena dengan kisah Caprice dan juga Ustaz Ebit Lew ini.”
Respon dari Neelofa ini turut dilihat oleh Ebit Lew ketika bersiaran secara langsung, dan berkata kepada Neelofa agar tanya terus kepada Caprice tentang hal tersebut.