TERJAWAB: Ini point penuh kenyatan Ebit Lew tentang dakwaan Nadir dan Caprice

3,646 views

Ebit Lew akhirnya buat satu live bermula jam 12.50 tengah hari untuk menjawab soalan dan pelbagai tuduhan yang dilempar kepadanya.

Jelas Ebit Lew, sejak akhir-akhir ini, kali ini antara yang banyak tohmahan diberi padanya. Sehingga orang mesej keluarganya termasuk anaknya.

Ini membuatkan Ebit Lew terpanggil untuk menjelaskan, kerana melibatkan family.

“Majoriti orang yang kenali saya, nak saya jawab tentang isu ini, ada juga ahli keluarga saya yang tanya, sebab tu akhirnya saya nak jawab.”

“Saya nak jawab soalan Nadir, kata-katanya dah mengguris hati arwah ayah saya tapi saya dah maafkan dia.”

“Saya nak jawab soalan Nadir tanya tentang duit yang saya guna ke Gaza, saya ni pergi dengan duit sendiri, saya tak pernah buat tabung untuk Gaza.”

“Pergi dengan sahabat-sahabat yang rapat dengan saya. Mereka yang jujur. Ada juga beberapa rakan dari Facebook yang menyumbang.”

“Nadir dan orang ingat saya bawa duit Malaysia untuk ke sana. Tak saya pergi dengan duit sendiri. Saya pergi saya pun dapat tiket free dan di sponsor Turkish airline. Penginapan pun pakai duit sendiri.”

SOALAN PERTAMA: Ustaz Zul Tak Balas Mesej Nadir

“Ustaz Zul ada mesej dan Nadir memang ada beri proposal. Nadir ada beritahu harga kotak makanan. 40 USD dalam RM160 duit Malaysia.  Tapi saya dapat quotation lain harganya 20 USD dengan barang yang sama. Saya pun ambil yang paling jimat.”

“Tapi saya yakin mesti ada sebab kenapa dia letak harga sebegitu. Sebab tulah benda dari Nadir tu kami tak terima proposal dia, atau harga barang dengan 40 USD. Balas whatsapp tu biasalah, suami isteri pun tak balas whatsapp, tak balas whatsapp jangan kecil hati.”

SOALAN KEDUA: Kenapa tak update selama sebulan, tapi jalan-jalan di Egypt.

“Niat saya ke sana ada tiga, first saya nak beli barang perubatan, beri bantuan kepada Gaza dan kemudian saya nak balik Malaysia. Niat kedua, jika ada rezeki, saya nak ke pintu Rafah, sempadan. Yang ketiga, kalau ada rezeki saya memang nak masuk Gazza, memang saya tahu masa tu keadaaan genting.”

“Masa saya ke negara Egypt, saya kena letak nama dan nyatakan tujuan untuk ke Egypt, jadi tak bolehlah letak tujuan nak ke Gaza. Jadi seminggu tu, saya kena ikut jadual disediakan pihak tour, kena melawat, penuhkan jadual seminggu tu sementara tunggu kelulusan.”

SOALAN KETIGA DAN KEEMPAT: Kenapa beli barang di Egypt bukan di Gaza. Adakah barang dah sampai.

“Egypt Red Cresent adalah NGO yang boleh masuk ke gaza, mereka saja yang dibenarkan masuk untuk beri sumbangan yang telah disahkan oleh pihak dunia. Jadi saya yakin serah sumbangan melalui pihak Egypt Red Cresent, jadi tak ada timbul isu itu. Selain itu, lebih banyak barang terutama barang ubatan ada banyak di Egypt. Jadi saya beli barang kat Egypt. Barang semunya dah pun berjaya masuk ke Gaza pada Hari Raya Haji. Takdir Allah, nampak bantuan saya dalam gambar yang dimuatnaik oleh kerajaan Egypt. Kat Gaza pun saya memang ada beli juga. Sebenarnya barang-barang di Gaza ni banyak datangnya dari negara Israel kecuali barang makanan. Duit pun kena guna duit Israel kalau beli di Gaza.”

SOALAN KELIMA: Kenapa layanan agak biadap pada Nadir, tak boleh live.

“Kami ni nak masuk Gaza kena lalui 21 jam dalam kereta van bas, kami kena lalui banyak check point. Memang ada diiringi kereta kebal semua, kami nak tandas pun tak dapat pergi.”

“Sampai di sana, turun bas, tiba di Gaza dalam jam 1 pagi, masa tu memang saya nak solat jamak. Bila sampai dah disediakan kena, duduk di kerusi, masa tu Nadir kata saya tak tegur, dan salam. Saya ni kalau orang tegur saya mesti saya balas. Masa tu memang saya tak perasan orang sangat. Sebab saya nak cepat solat dan pergi ke hotel.”

“Kalau tentang nak live, memang saya tak beri izin nak buat live. Sebab takut ada benda yang tak baik terjadi masa live. Contohnya kalau ada tiba-tiba ada orang peluk saya ke apa. Saya memang hanya ada di sana selama 3 hari, jadi saya nak cepat selesaikan urusan saya.”

SOALAN KEENAM: Buat rumah anak yatim.

“Sebenarnya semua ada cara nak bantu masing-masing. Kita buatlah cara masing-masing.”

SOALAN KETUJUH: Kenapa bayar mahal sampai berapa ratus ribu nak masuk Gaza guna Hala.

“Saya tak tahu apa tu syarikat Hala, saya melalui kedutaan Malaysia. Nak masuk Gaza ada satu je, namanya Miles of Smiles, satu-satunya jalan nak masuk ke sana. Saya dah call syarikat tu. Dah jumpa dengan beliau, satu kepala kena bayar 10k usd (RM40-RM50k), mahal jadi saya tak nak bawa semua, saya ingat biar saya seorang saja masuk.”

“Nak masuk Gaza, ada dua kelulusan, satu dari kerajaan Egypt, yang kedua kelulusan dari pihak tentera. Caprice pun kelulusan pertama tak dapat lagi. Saya pula dah lulus yang pertama tapi mulanya tak dapat kelulusan tentera. Jadi ingat nak balik Malaysia dah. Tapi bila datang ke kedutaan, dikhabarkan saya boleh pergi.”

“Ada satu syarikat lain, tentera ada beritahu, agen perisikan Egypt, melalui Lucky Tour, charge dia hanya 2500 USD seorang, dalam RM10k seorang. Beza rm30 ribu. Saya ada resit.”

“Kemudian, Mile of Smiles pun ada contact untuk bantu mereka pula, sebab nak bawa NGO lain. Tentang Hala, saya tak kenal syarikat Hala tu. Jadi ini fitnah dan agak melampau dan zalim tentang kenyatan ini. Malah saya dapat lebih murah.Ini semua pertolongan Allah. Jadi saya dan team memang melalui Wisma Putra, melalui Dati Seri Hishamudidn Hussein.”

SOALAN KELAPAN: Pergi ke Gaza, adakah guna duit NGO.

“Sebenarnya saya ni guna hanya duit sendiri, tak pernah saya nak buka tabung untuk Gazza, saya ulang sekali lagi, saya pergi ke sana guna duit sendiri. Saya tak pakai duit sesiapa.”

Kemudian, Ebit Lew telah mempersoalkan kembali kepada Nadir dimanakah Rm20 juta yang disalurkan kepadanya selama ini.

“Saya sebenarnya tak nak campur urusan lain, kini tapi terpaksa campur. Ini paling banyak saya sebut nama orang. Saya nak tanya mana pergi duit berkenaan, ada resit atau tak. Semua bukti tentang duit saya, saya dah berikan pada polis.”

SOALAN CAPRICE: Dakwaan patutnya pergi dengan Neelofa, Pu Riz dan Heliza.

“Saya tak pernah bincang dengan sesiapa untuk pergi ke Gaza. Saya hanya terima mesej dari Caprice ketika saya dah ada di sana. Dia kata saya bawa lari dokumen, mungkin dia stress, tapi saya maafkan dia. Saya tak ada jumpa Neelofa pun.”

SOALAN CAPRICE: Soalan bahawa saya cium kaki, untuk keluar Gaza.

“Itu adalah fitnah sebab ianya dah lari dari akidah saya. Dr Mahmud saya kenal, dia memang terkenal.  Part cium kaki tu memang tiada.”

“Saya ada jumpa Caprice, dan dia tak dapat masuk Gaza. Nak masuk ni kena submit nama, sampai nama atuk pun dia minta. Team saya pun hanya 10 orang saja dapat lepas.”

“Bila nak balik, Dr Mahmud datang bilik saya, cakap terima kasih pada saya. Umpama Timbalan Menteri datang ke bilik saya. Dia raikan saya sebab saya orang Malaysia yang pertama dapat masuk keluar Gaza. Dr Mahmud pun bagi sijil sebagai Duta Muhibah Palestine, bukan saya seorang tetapi semua ahli team saya, saya tak bayar pun, semuanya saya tak minta. Saya cakap pada Caprice kalau Menteri nak jumpa, kenalah pergi jumpa, nanti dia bagilah sijil, tak sangka dia kata saya beli.”

SOALAN CAPRICE: Tuduhan malukan Malaysia, tentang gambar budak pose dua kali.

“Sebenarnya ramai saja yang bergambar sebegitu, Nadir pun adatapi gambar saya yang viral. Dan saya ke sana bukan hanya nak beri patung saja, saya ada beli banyak barang di Gaza, untuk sumbangan kepada orang di Gaza.”

SOALAN TENTANG CAPRICE: Kenapa block Caprice.

“Saya kalau yang hal yang terlalu negative saya akan block. Ni saya cerita, ayah saya ni lagi 10 hari saja ada untuk hidup. Bila saya sampai kat KL, saya terus ziarah ayah saya. Saya dah mohon nak jumpa, hosptal dah beri hanya setengah jam saja. Lepas tu Caprice ada mesej saya, dia tegur pasal patung tu kata nak perhatian media. Kemudian, dia tegur kenapa saya pergi melawat ayah saya sakit, saya jawab, ayah saya bukannya sakit tetapi ayah saya dah nak pergi. Saya terluka bila dia mesej macam tu, saya terus campak phone. Lepas tu saya kena soal siasat sebab dah viral, dia dah report semua.”

“Sebenarnya jumpa Caprice di hotel sebab nak tenangkan dia, kami siap-siap nak jumpa dia, dah hidang air makan semua untuk dia datang hotel kami. Jadi bila dia sampai, ada team saya yang sambut dia. Kami pakai suit, kat sana jaket kulit murah, RM200 saja. Beli masa nak balik ke Malaysia dah. Saya suruh layan caprice baik-baik macam layan saya. Ada empat orang team saya semua pakai kot, tegap, macam bodyguard, jadi nampak pakai suit, dan tak sangka Caprice kata macam mafia pula. Lepas habis borak, kami berpeluk, tapi dia macam tolak sikit, saya tepuk dada dia, tapi dia tepis. Saya tak ada fikir apa-apa, rupanya lepas tu dia dah buat report kata saya buat taik.”

Itulah antara kenyataan dari Ustaz Ebit Lew menjawab persoalan tentang isu yang melandanya.