Ketika ini, di kota New York, sedang berjalan event pertunjukkan fashion iaitu New York Fashion Week. Event ini berlangusung selama lebih kurang seminggu.
Antara artis Malaysia yang hadir ialah penyanyi antarabangsa, Yuna, yang juga menetap di negara berkenaan bersama suaminya Adam Sinclair.
Namun begitu, kehadiran Yuna di event berkenaan mendapat liputan hangat sejak semalam.
Yang pertamanya, ada adegan yang mana Yuna telah bertemu dengan penyanyi negara jiran iaitu Afgan dan telah memeluknya.
Kedua pula ialah penampilan Yuna sendiri di event berkenaan, yang kelihatan sudah tidak bertudung dan nampak jelas bahagian lehernya.
Bercerita tentang kisahnya yang begitu mesra dengan Afgan, satu video di muatnaik oleh penyanyi lelaki berkenaan menunjukkan beliau terserempak dengan Yuna.
Teruja melihat Afgan, Yuna telah menyapa dan terus saja memeluknya dengan mesra.
Diruangan caption, Afgan menulis dia dah lama tak bertemu dengan Yuna. “It’s been a while Yuna.”
Tindakan Yuna menyapa dengan cara dan budaya dari barat itu mendapat komen yang kurang baik dari netizen yang rata-rata melabel Yuna sudah terkena culture shock.
Bagi netizen, Yuna perlu lebih peka dan menjaga tata susila apatah lagi kini dah bergelar isteri orang.
Ini antara komen dari netizen
“Yuna hug Afgan pula ke, culture shock.”
“Biasalah dah duduk Amerika, macam tu biasa saja.”
“Tu lah, kalau kita dah tak boleh nak bawa diri, akan terikut dengan budaya orang kat negara luar.”
Dalam pada itu, fashion yang ditampilkan Yuna pun menjadi pertikaian dari netizen.
Hanya menggunakan perhiasan di bahagian kepala, dan nampak jelas aurat di bahagian leher, ramai mula bertanya sama ada Yuan kini dah free hair.
“Yuna sekarang ni dah tak bertudung ke.”
“Dah free hair ke, leher pun dah nampak tu.”
Yuna dan suami Adam Sinclair memang kini menetap di Amerika Syarikat, malahan Yuna baru saja melancarkan lagu terbarunya serta akan buat tour di negara berkenaan.