Setelah pemergian Siti Sarah, ramai yang nak tahu kisah percintaan Shuib dan ianya seringkali jadi bualan setelah ada ura-ura mengatkan pelawak dan penyampai radio ini sedang mengenali hati budi seorang wanita.
Sehingga kini, identiti wanita itu tak diketahui umum sehingga ramai yang membuat andaian dan ada beberapa nama kena petik seperti Wan Sharmila dan juga Zara Zya.
Usahawan air Bubble Bee ini sekali lagi terpalit dengan satu lagi andaian setelah ada netizen menganggap Shuib dah kantoi apabila dua kali hadir ke konsert dengan baju yang sedondon dengan seorang wanita yang juga seorang usahawan.
Kali ini Shuib dikaitkan dengan wanita bernama Watie pula, yang juga terkenal di Instagram.
Shuib dan Watie keduanya memakai baju kuning msutard semasa datang menonton konsert Anuar dan Ziana Zain pada bulan Ogos.
Kemudian mereka berdua memakai baju putih dan jaket hitam sedondon juga semasa hadir menonton konsert Dewa Jumaat lepas.
Ditanya tentang hal ini Shuib tidak mahu mengulas dengan lebih mendalam.
“Buat pertama kalinya, saya tak mahu ulas lebih lanjut. Kali ini saya bertindak tak mahu menjawab soalan kerana tak mahu besarkan isu ini. Kalau ada benda baik, nanti saya akan beritahu.”
“Wallahualam, ada juga wanita lain yang pakai baju sama macam saya. Tetapi mungkin ada pihak saja nak usik-usik nak kenenkan.”
“Malam tu saya pakai baju putih jaket hitam, pergi konsert, biasalah macam tu kan. Mungkin kebetulan sama.”
Tentang Watie, Shuib memang tak mahu ulas lanjut apatah lagi ada mengatakan wanita itu pilihan ibunya.
“Yang tu no komenlah. Netizen ni lebih pandai dari saya, kadangkala lebih dahsyat dari penyiasat. Saya tak nak cakap apalah.”
“Namun begitu, jika sampai ke satu tahap yang berlebihan atau keterlaluan, barulah saya akan cakap apa yang betul atau sebaliknya.”
Jelas Shuib, isu ini tak membuatkan dirinya terjejas tetapi lebih elok sekiranya orang luar tidak cuba untuk mengatur hidupnya.
“Kita memang tak tahu apa yang berlaku. Kita memang terasa jika ada pihak luar yang mahu ditentukan oleh orang luar. Saya ni masih lagi tercari rentak hidup, saya minta kita jadi lebih bersederhana. Cinta bukan cari pasangan yang sempurna.”