Tok Ram juara pertandingan snuker

86 views

Maestro muzuk terkenal, Datuk Ramli MS atau Tok Ram menunjukkan satu lagi bakat yang dah lama disimpan. 

Bukan saja hebat dalam bidang muzik, tetapi Tok Ram juga merupakan seorang jaguh dalam arena sukan snuker. 

Tidak hanya cakap sebarangan, Tok Ram menujukkan kehebatannya setelah berjaya menang dalam satu pertandingan snuker baru-baru ini.  

Tok Ram menjadi juara dalam Kejohanan Celebrity Snooker yang diakan pada hujung bulan Jun yang lalu. 

Kejohanan ini diserta ramai pemuzik dan juga selebriti tanah air. 

Di peringkat akhir, Tok Ram menewaskan drummer Wings iaitu Black. 

Aksi Tok Ram beraksi dikejohanan berkenaan telah dirakam oleh pihak penganjur iaitu Immortalcue. 

Gaya Tok Ram memang bagaikan seorang yang profesional dan mendapat perhatian ramai. 

“Memang patut juara, dia tengok bola pun dah tahu nak masuk mana.” Tulis penganjur.  

Dikatakan perlawanan akhir di antara Tok Ram dan Black berlangsung dengan amat sengit sekali, dan akhirnya Tok Ram yang bergelar champion. 

Untuk pertandingan berkenaan, Tok Ram sebagai juara telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM4ribu. 

Sebelum ini, Johan Raja Lawak pernah muncul juara dalam pertandingan yang sama untuk edisi terdahulu. 

Namun kali ini, Johan terpaksa akur dengan kehebatan Tok Ram.  

Johan berjaya sampai ke peringkat semi final saja untuk edisi kali ini.

Tok Ram memang amat minat dengan snuker, malah mempunyai satu set di rumahnya. 

Datin Alyah pernah tunjuk set penuh meja snuker milik Tok Ram di rumahnya. 

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang berkata, memang dah lama Tok Ram main snuker ni, sejak tahun 2005 lagi. 

“Tok Ram main lama dah, sejak tahun 2005 lagi.” 

“Masa tahun 2007 sampai 2010, selalu tengok Ramli main snooker di bawah Hotel Grand Season. Black pun pernah main situ.” 

“Orang yang selalu main snooker kat Pandan Indah tahulah dia ni punya pro macam mana.” 

Pertandingan Celebrity Snooker yang dianjurkan bersama oleh DJ Snooker Academy dan Immortal Cue dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Pembangunan Belia dan Sukan iaitu YB Haji Mustapha Nagoor yang turut disertai oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia, iaitu Zed Zaidi. 

Baguslah ada aktiviti sihat sebegini, sesuai untuk para selebriti beriadah dan eratkan silaturahim.