Mamat Sepah mengakui dirinya ditahan polis

1,345 views

Sebelum ini, seorang pelawak telah ditahan reman oleh polis bersama isterinya yang merupakan seorang anggota polis. 

Kejadian berlaku pada hari Isnin yang lalu di Shah Alam. 

Akhirnya, pelawak Mamat Sepah tampil memberi kenyataan apabila namanya dikaitkan sebagai individu yang ditahan reman. 

Mamat mengaku bahawa dia dan isterinya merupakan individu yang ditahan pihak berkuasa. 

Jelasnya lagi, dia dan isteri telah berikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa sepnajang tempoh reman. 

Mamat juga berkata, pihak polis melayannya dengan baik sekali.  

“Yes memang saya merupakan individu yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini.” 

“Syukur alhamdulilah keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan.” 

“Saya dah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu lain.” 

Mamat dan isterinya, Nordiana Ibrahim ditahan untuk siasatan dakwaan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam di Telegram. 

Isteri Mamat, Nordiana Ibrahim dibebaskan dua hari selepas ditahan, manakala Mamat dibebaskan pada petang Khamis, semalam.   

Mereka berdua dibebaskan atas jaminan polis. 

Tentang isu maklumat yang tersebar, Mamat akan serahkan segalanya kepada pihak peguam, dan tak mahu berbicara lanjut tentang hal berkenaan.  

“Untuk isu itu, saya rasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undang.” 

Ini pula komen dari peguam yang mewakili Mamat. 

“Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya, dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan lebih lanjut.”  

“Proses siasatan sedang dijalankan oleh itu saya nak menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh menganggu sıasatan.” 

Itulah kes terkini yang melibatkan Mamat Sepah dan juga isterinya, Cik Nana yang merupakan anggota polis.