Top 15 senarai artis paling ramai follower di Instagram tahun 2023

987 views

Kini dah pun masuk ke tahun baru iaitu tahun 2024. 

Di era dan zaman sekarang ni, antara instrument yang paling penting dah tentunya laman media sosial. 

Ada pelbagai media sosial yang amat terkenal di Malaysia termasuklah Facebook, Instagram, Tiktok dan juga Youtube. 

Di kalangan para selebriti seperti pelakon, penyanyi dan pengacara, mereka dilihat memilih Instagram sebagai platform utama mereka. 

Untuk entry kali ini, admin telah menyenaraikan top 10, artis yang mempunyai jumlah pengikut atau follower terbanyak di Malaysia pada tahun 2023. 

NOMBOR 15: SHUIB SEPAHTU (5M) 

Pelawak yang kini amat aktif dalam dunia perniagaan jenama Bubble Bee iaitu Shuib berada di top 15 untuk tahun 2023. 

NOMBOR 14: FASHA SANDHA (5.3M) 

Pelakon ini merupakan antara yang amat dikenali dengan displin dan juga paling tinggi memberi commitment di Malaysia. 

NOMBOR 13: UQASHA SENROSE (5.3M) 

Isteri kepada Kamal Adli, Uqasha Senrose merupakan pelakon yang banyak muncul di kaca TV pada tahun ini. Uqasha juga merupakan ahli keluarga lain yang amat terkenal iaitu Nelydia Senrose, Raysha Rizrose, Aprena manrose dan juga Oktovia Manrose. 

NOMBOR 12: AYDA JEBAT (5.4M) 

Pelakon, penyanyi yang juga isteri kepada Nabil Mahir. Untuk tahun 2023 ini, Ayda baru saja melahirkan anak keduanya. 

NOMBOR 11: AWAL ASHAARI (5.7M) 

Pelakon, pengacara yang juga suami kepada Scha Alyahya ini telah mengumpul seramai 5.7 juta follower. 

NOMBOR 10: FAZURA (5.7M) 

Isteri kepada Fattah Amin, Fazura mempunyai sebanyak 5.7 juta follower. Selain berlakon, Fazura mencipta nama sebagai ahli perniagaan yang amat berjaya pada tahun 2023. 

NOMBOR 9: AMYRA ROSLI (6.1M) 

Pada tahun 2023, Amyra Rosli mula mencipta nama sebagai host untuk Nona. Pelakon ini amat sinonim dengan lakonan yang hebat dalam drama Nur. Amyra yang juga isteri kepada Amar Bahrin telah mengumpul 6.1 juta pengikut. 

NOMBOR 8: HANIS ZALIKHA (6.1M) 

Lama tidak dilihat dalam dunia seni, Hanis Zalikha yang juga isteri kepada Hairul Azreen mempunyai seramai 6.1 juta pengikut. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini lebih banyak terlibat dalam industri perniagaan ketika ini. 

NOMBOR 7: JANNA NICK (6.3M) 

Pelakon yang amat terkenal di Malaysia, dan sehingga kini masih lagi banyak karyanya ditayangkan di kaca TV. Pada tahun ini, Janna baru saja mendirikan rumah tangga dengan pelakon mix iaitu Dini Schatzmann. 

NOMBOR 6: SCHA ALYAHYA (6.6M) 

Isteri kepada Awal Ashaari ini mempunyai satu juta peminat lebih dari suaminya. Sememangnya, pasangan ini merupakan satu power couple di Malaysia, kedua duanya dikenali ramai. 

NOMBOR 5: NORA DANISH (7.3M) 

Pelakon drama Puteri ini pernah menjadi selebriti yang mempunyai paling ramai follower sekitar 10 tahun yang lalu. Pada tahun 2023, Nora mempunyai 7.3 juta follower, sungguhpun sudah kurang berlakon. 

NOMBOR 4: MIRA FILZAH (7.3M) 

Pelakon, pengacara dan ahli perniagaan ini masih lagi aktif dalam bidang seni. Walaupun sedikit memperlahankan kerjayanya kerana baru mempunyai anak, Mira masih lagi mempunyai ramai peminat. 

NOMBOR 3: ZIZAN RAZAK (7.8M) 

Pelawak yang juga pelakon terkenal, Zizan Razak makin mengukuhkan namanya dalam bidang seni tanah air. Tahun ini, karya Zizan paling hebat ialah Polis Evo 3 yang menjadi box office. Zizan juga aktif dalam bidang perniagaan. 

NOMBOR 2: NEELOFA (8.7M) 

Pada tahun 2023, Neelofa dilihat lebih banyak terlibat dalam bidang perniagaan yang sememang sudah kukuh jenamanya. Namun, Lofa juga dilihat ada menjadi pengacara untuk beberapa event dan juga rancangan TV terutama yang melibatkan dakwah dan juga majlis ilmu. 

NOMBOR 1: DATUK SERI SITI NURHALIZA (9.1M) 

Inilah dia selebriti yang mempunyai bilangan follower paling ramai di Malaysia, tak lain tak bukan, penyanyi nombor satu negara, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tahun 2023 ini, Siti juga da mengelurkan lagu baru dan juga album baru. Selain menyanyi, Siti juga amat aktif dalam bidang perniagaan yang diusahakan bersama suaminya Datuk K.