Punca gigi Syada Amzah berkarang, kuning

608 views

Penyanyi Syada Amzah mencanak naik pada tahun 2023 ini apabila timbul isu melibatkan perbalahan dengan kakaknya iaitu penyanyi terkenal Shila Amzah. 

Perbalahan di antara mereka tercetus apabila Shila telah mengambil keputusan untuk menjual rumah jenis bungalow kediaman miliknya yang ketika itu didiami oleh ibu dan juga adik beradik, termasuklah Syada. 

Sejak isu itu tercetus, nama Syada sedikit tercalar dan sering menerima komen yang kurang baik dari warga maya. 

Namun jika dilihat di media sosial, Syada terus saja meneruskan kehidupannya seperti biasa. 

Penyanyi ini dilihat amat aktif merakamkan lagu cover di Instagram. 

Seperti biasa, sehingga kini masih lagi ramai yang menulis komen kurang baik terhadapnya. 

Semalam, Syada ada muatnaik sekeping foto, dan di situ dia ada menulis satu caption menjawab beberapa komen warga maya. 

Pertamanya, komen tentang baju yang dipakai olehnya. Baju itu dikatakan seperti baju design lama, dan Syada memberi tahu dia memakai baju ibunya iaitu Mamazie.  

“Baju dia ni nampak macam baju era tahun 90an.” 

Balas dari Syada: “Yes saya pakai baju dan kongsi baju dengan ibu.” 

“Gigi dia tu berkarang, nampak kuning.” 

Reply Syada: “Yes saya memang ada fluorosis iaitu terlebih fluoride kerana terlalu banyak, kerap berus gigi.” 

“Suara dia tak setanding kakaknya, Shila Amzah.” 

Ini jawapan balas Syada: “Yes benar, kakak saya merupakan antara idola saya dalam bidang nyanyian. Saya amat bersyukur dia kakak kandung saya, syukur.” 

Syada menambah lagi, tidak ada komen atau kata-kata dari orang ramai yang boleh mematahkan hatinya. 

“Tiada apa yang boleh buat saya terasa, untuk saya tersentak. Bukannya saya ni nak riak tetapi sekurang kurangnya saya ni memang selalu sedar diri bahawa saya ni tak sempurna.” 

Itulah dia sedikit cerita dari Syada Amzah adik kepada Shila Amzah. 

Syada Amzah sebenarnya juga amat terkenal juga, apatah lagi dia mempunyai lebih 800ribu pengikut di media Instagram.