“Saya terkejut dengan kenyataan Puteri Balqis” Qistina Raisah

5,458 views

Secara tiba-tiba telah timbul isu antara dua pelakon remaja iaitu Puteri Balqis dan juga Qistina Raisah. 

Semuanya bermula apabila Puteri Balqis menulis luahan hati dan memerli seorang pelakon berumur 14 tahun.  

“Kau tu baru umur 14 tahun, tak ada banyak beza dengan aku pun, tak kau punya cringe tu mengalahkan orang dewasa. Habis semua kau nak perli, termasuk aku.” 

“Berlakon satu anugerah pun tak ada. Tolonglah jangan bagi aku sekali berlakon dengan dia, tak sanggup nak tengok dia flip rambut 20 kali seminit. Bangga pula tu dengan kekasih dia yang tak berapa nak semegah tu.” 

Itu antara luahan dan sindirian dari Puteri Balqis. 

Walaupun tak ada menyebut sebarang nama, ramai beranggapan ianya ditujukan kepada pelakon sedang meningkat naik namanya iaitu Qistina Raisah. 

Melihat isu ini mendapat liputan media, akhirnya Qistina Raisah tampil memberi komennya. 

Qistina Raisah terkejut dengan kenyataan dari Puteri Balqis itu dan menyatakan dirinya dimalukan secara umum.  

“Saya memang amat terkejut dengan kenyataan dari Puteri Balqis. Ini kerana saya tak ada pun sebarang isu dengan dia sebelum ni. Pernah bekerja sama , tapi tak ada masalah, contact pun tak pernah.” 

“Kalau betul apa yang dikatakan itu tujukan untuk saya, tak sangka macam tu sekali dia merendahkan diri saya.”  

“Memang saya tak pernah menang anugerah, tetapi sebagai seorang yang ada dalam industri, saya harap dia faham keadaan diri saya.” 

Qistina Raisah berharap memberi penjelasan secara terbuka tentang apa sebenarnya yang terjadi. 

“Apa yang saya harapkan supaya Balqis cakap yang ini semua hanyalah satu salah faham dan dapat menjelaskan secara terbuka sebab ia memalukan saya secara umum.”  

“Jika boleh, saya tak nak isu ini berpanjangan kerana selepas ni mungkin kami berdua pun akan berjumpa lagi, tetapi kalau tak nak, tak mengapalah.” 

Qistina Raisah berkata, dia memang ada bertelingkah dengan seseorang namun ianya bukanlah Puteri Balqis.  

“Memang benar saya ada bergaduh dengan seorang rakan, tapi orang itu bukannya Puteri Balqis, siapa yang tahu, tahulah.” 

“Aapun saya dan orang itu sudah pun bermaafan, dah selesai dah pun. Namun yang pelik pula tiba-tiba Balqis ingat saya tujukan kepadanya.”  

“Saya tak tahu macam mana dia boleh terasa.” 

Qistina Raisah juga sempat memuji Puteri Balqis sebagai pelakon remaja yang cantik dan berbakat selain masih lagi terbuka untuk bekerja sama dengannya.