“Tunggu balasan Allah” Mat Over tegur Janna Nick

14,163 views

Pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu iaitu Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menjadi perhatian ramai setelah menulis satu komen di laman media sosial milik Janna Nick. 

Penulisan komen itu dibuat menerusi video yang dimuatnaik oleh Janna Nick ketika mahu berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. 

Janna Nick dilihat berpelukkan dengan suaminya iaitu Dini Schatzmann ketika berada di lapangan terbang. 

Video berkenaan mendapat pelbagai komen termasuklah dari kalangan rakan artis seperti Mawar Rashid, Anne Abdullah, Dayah Bakar dan termasuklah komen dari Mat Over. 

Mat Over yang kini sudah berumur 70 tahun, telah menulis komen menegur perbuatan yang dibuat oleh Janna Nick itu. 

Katanya, sungguhpun sudah berstatus suami isteri dan mempunyai ikatan yang sah, adalah kurang baik untuk tayang kepada umum.  

Mat Over juga ada menulis ayat yang agak pedas iaitu mereka akan menunggu balasan dari Tuhan Yang Maha Esa.  

Ini yang ditulis oleh pelakon ini kepada Janna Nick. 

“Walau pasangan suami isteri, tetapi kalau niat mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, bahawa kita ni pasangan bahagia, tunggulah balasan daripada Allah.” 

Warga maya dilihat telah memberi reaksi di atas komen yang ditinggalkan oleh Mat Over. 

Rata-rata kurang bersetuju dengan komen berkenaan. 

Ada yang mengatakan Mat Over ini menyibuk, ada rasa iri dan tak kurang ada yang mempersoalkan mengapa sampai perlu menulis menunggu balasan dari Illahi. 

Ini beberapa paparan dari respon warga maya di atas komen Mat Over itu. 

Untuk info, Janna Nick akan ke tanah suci selama dua minggu untuk melakukan ibadah umrah dan juga untuk jalani penggambaran di sana.