“Suami saya happy” Dulu nampak berumur, kini ramai puji suami Intan Najuwa nampak baby face

4,595 views

Antara pelakon yang baru saja berkahwin ialah Intan Najwa, yang menamatkan zaman solonya di usia 26 tahun. 

Intan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bergelar dato iaitu Dato Ahmad Azraf Azman, yang kini berumur 39 tahun. 

Mula berkenalan di kedai kopi, kini Intan Najuwa bahagia bergelar isteri kepada Asraf, yang 13 tahun lagi tua darinya. 

Semasa di hari bahagia, ramai wargamaya di luar sana yang mengatakan suaminya itu nampak lebih matang atau tua dari usianya iaitu 39 tahun. 

Namun kini, ramai pula memuji wajah suami Intan ini setelah beberapa kali tampil bersama Intan di beberapa event. 

Melalui temubual bersama portal Media Hiburan, Intan telah ditanya tentang hal ini. 

Kata Intan, dia sebenarnya tak nampak pun beza wajah suaminya, kerana dah selalu tengok. 

Namun Intan najuwa berkata, suaminya gembira apabila ada yang mengatakan dirinya nampak muda. 

“Macam tu je dia tukar eh, (dari nampak tua kepada nampak muda).” 

“Sebenarnya saya tengok sama je, mungkin kerana saya ni tengok muka dia dah hari-hari.”  

“Orang cakap nampak tua, atau macam baby face, tapi bagi saya, tak ada perbezaan pun, nampak sama je.” 

“Tapi suami saya dia suka la, dari orang kata dia nampak tua sekarang nampak baby face.” 

“Dia kata pada saya, you orang cakap I nampak baby face. Dia memang amat gembira. Sebab itu pujian.” 

Jelas Intan lagi selepas berkahwin, dia yang menjaga penampilan suaminya itu. 

“Kita dah jadi isteri ni, pakai dia semua kita kenalah jaga. Mungkin secara auto dia pun terikut style saya agaknya.” 

“Saya tak ada pun make over dia, cuma ianya natural, kalau pergi event ke, saya yang pilih pakaian dia, mix and match.” 

Dalam pada itu, Intan Najuwa mengakui suaminya masih belum biasa apabila dirinya mula dikenali ramai sejak berkahwin dengan Intan. 

“Selalunya dia cool saja, dia biasa saja. Tapi kini nervous dia berkali ganda la.” 

“Sekarang kalau keluar, dia macam nervous, berpeluh-peluh. Ini sebab ramai yang kenal dirinya. Dia pun macam masih lagi terkejut dan belum nak adapt lagi.” 

“Saya cakap kat dia slowly la.” 

Itulah sedikit cerita tentang pengantin baru Intan Najuwa dan suami Datuk Ahmad Azraf.