Ujian untuk auntie adalah kemewahan – Respon Puteri Balqis kepada Nabila Huda

4,654 views

Setelah ibu Puteri Balqis dipersoalkan oleh Nabila Huda, pelakon cilik itu tampil memberi kenyataan balas kepada Nabila Huda.

Sebelum ini, Nabila Huda telah persoalkan kenapa ibunya sanggup biarkan Puteri Balqis turun untuk jual buku di serata tempat. Sanggupkah, itulah pertanyaan dari Nabila Huda.

Melihat pertanyaan dari Nabila Huda itu jadi viral, Puteri Balqis tampil memberi respon.

“Buat auntie Nabila Huda, Puteri minta jangan dipersoalkan tentang ibu. Jgn salahkan atau sebut nama ibu Puteri. Ibu Puteri dah perhabis puluh ribu untuk cari jalan hanya nak selamatkan anaknya iaitu Puteri. Ibu lah satunya saksi melihat keperitan yang dialami oleh Puteri. Mana keluarga? Mereka juga ada masalah mereka”

“Ibu tak pernah tak kerja, sebenarnya macam-macam ibu buat. Tapi ibu terpaksa berhenti sebab Puteri selalu sakit. Ujian untuk ibu adalah kesusahan manakala ujian untuk auntie dan rakan (Nabila Huda dan rakan artis) adalah kemewahan”

“Sebenarnya ibu tidak pernah nak bagi kebenaran untuk Puteri kerja, tapi Puteri sendiri yang paksa untuk nak ikut, nak jual buku. Di KL ibu yang berniaga tetapi Puteri hanya ikut. Kasihan melihat ibu.

“Jika ibu tak beri pelajaran education, mana mungkin Puteri Balqis mampu bercakap dan menulis. Sudah tentulah ibu ada ajar pelajaran”

Dalam pada itu, Puteri Balqis mengakui, poem yang ditulis iu adalah inspirasi dari ibunya sendiri yang menulis ayat sayu tentang kehidupan mereka. Malah air mata ibunya menitis ke buku ketika menulis poem berkenaan.

“38 poems of Puteri Balqis ilham dari seorang ibu yang jiwanya sedang sengsara, puisi dari ibu ketika ibu lihat Puteri Balqis jatuh sakit. Puteri boleh menulis kerana ibu, belajar dari ibu, indahnya pengorbanan seorang ibu, biarkan diri dikeji tapi nama anak disanjung.

Itulah kenyataan dari Puteri Balqis kepada Nabila Huda.