Ini punca Ayie Floor 88 rebah, pengesahan dari doktor

6,165 views

Vokalis kumpulan Floor 88 iaitu Ayie menjadi tumpuan ramai kerana telah pengsan setelah rebah di atas pentas ketika kumpulan berkenaan sedang membuat satu persembahan semalam.

Dalam kejadian yang terjadi di Kuala Pilah Negeri Sembilan itu, Ayie telah pengsan dan dibawa pergi sekaligus mengejutkan para penonton yang sedang menyaksikan persembahan nyanyian dari Floor 88.

Mereka telah membawa Ayie diperiksa oleh pihak doktor. Pemain keyboard Floor 88, Eric Fuzi telah membuat satu kenyataan tentang keadaan terkini Ayie.

Penyanyi berkenaan kini telahpun stabil namun dia tak boleh diganggu sesiapapun dek disebabkan perlu berehat secukupnya.

Doktor menyatakan punca Ayie jatuh dan rebah adalah kerana amat penat dan dia tak dapat rehat secukupnya.

Ini penjelasan dari Eric Fuzi: “Pihak doktor dah beritahu bahawa Ayie telah pitam sebab terlalu keletihan. Dia tak kena tahan di wad dan kini kena rehat betul-betul”.

Berkata lagi, sebelum persembahan, ketika kumpulan Floor 88 sedang  mengadakan ujian bunyi pada sebelah siang, Ayie memang dah nampak kurang sihat dan ditambah lagi masa itu, cuaca panas terik.

“Walaupun Nampak tak sihat, Ayie terus cekal dan semangat nak hiburkan para penonton pada malam itu. Akan tetapi, satu situasi tak dijangka berlaku dan ianya memang tak disangka. Saya dan ahli Floor 88 yang lain amat panik sebaik nampak Ayie rebah depan mata kami sendiri. Dia betul-betul amat penat sampai dia pitam dan terus rebah ketika persembahan Floor 88 masih berlangsung”.

“Ayie sebenarnya sebelum ni dah pernah kena nasihat dengan doktor agar dia rehat sekejap menyanyi sebab vokalnya ada problem”.

Eric Fuzi akui beberapa bulan ini, jadual kumpulan Floor 88 amat padat dengan persembahan, event dan semuanya tak cukup masa untuk nak rehat, dan ini termasuklah juga pada waktu hujung minggu.

Sementara itu, Eric Fuzi berkeras dan buat penafian bahawa kes itu merupakan satu gimik dari kumpulan Floor 88.

Ini kenyataan dari Eric: “Itu bukanlah satu gimik. Kami tak akan buat gimik melibatkan kesihatan dan nyawa anggota kumpulan Floor 88.

Kumpulan Floor 88 telah meminta maaf kerana kejadian yang berlaku dan ucap terima kasih pada semua yang doakan kesihatan Ayie.