Gambar wajah Rhea Akira, anak kedua Shila Amzah

221 views

Penyanyi Shila Amzah selamat melahirkan anak keduanya, baby girl pada bulan lepas. 

Anak kedua Shila dan Ubai ini diberi nama Rhea Akira. Ubai dan Shila Amzah berkata, maksud nama Rhea Akira ialah kemenangan dan juga terang. 

Selepas genap satu bulan umur Rhea Akira, akhirnya Shila Amzah dan Ubai telah menunjukkan wajah anaknya itu. 

Melalui satu posting, Shila memuat naik dua keping foto terkini Rhea. 

Katanya, anaknya itu dalam keadaan yang sihat dan baik serta berat pun sudah mencecah 4 kilogram. 

Shila mengatakan lagi, wajah anak kedua itu lagi banyak ikut wajah ayahnya Ubai. 

“Salam pakcik makcik semua, hari ni dah genap satu bulan umur Rhea Akira.” 

“Doakan Rhea supaya menjadi seorang anak yang solehah ye.” 

“Gambar terkini yang tutup mata tu, dah masuk 4kg dah.” 

“Sebelum tu semasa lahir beratnya 2.84kg.” 

“Wajah dan muka Rhea banyak ikut papa dia, Ubai, tetapi bahagian dagu tu tetap milik mama dia.” 

“Happy one month old baby Rhea Akira.” 

Ini gambar terkini wajah anak kedua Shila Amzah, Rhea Akira. 

Sementara itu, Shila sempat bercerita bahawa anaknya itu telah mempunyai demam kuning atau jaundice ketika pulang ke rumah. 

Ketika itu umurnya kurang dari dua minggu. 

“Memang agak sukar, white blood count tinggi dan kena terima rawatan antibiotic di hospital.” 

“Pernah kena jaundice apabila pulang ke rumah, masa tu usia kurang dari 2 minggu.” 

“Sekarang ni kena tukar susu sebab alahan, ada cow’s milk protein allergy. 

“Apapun kini dia kelihatan amat happy, kami semua sayang baby Rhea.” 

Baca juga: LUAHAN IBU SHILA, RINDU CUCU

Shila Amzah kini masih lagi berpantang dan ada kurang dari dua minggu sebelum tamat berpantang.