Ramai yang nak tahu tentang keadaan terkini Siti Sarah, isteri kepada Shuib Sepahtu. Kini dah hampir satu hari lebih Siti Sarah ditidurkan setelah bacaan oksigennya amat rendah.
Pada malam Ahad ini, Shuib sekali lagi telah berikan perkembangan terkini tentang isterinya itu. Jelas Shuib Sarah masih lagi belum sedar, dan kini telah ditiarapkan.
Ini komen dari Shuib: “Siti Sarah kini telah pun ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh saling bekerjasama.”
Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad menyatakan itulah kondisi terkini isterinya setelah 30 jam koma dan bertarung nyawa setelah terkena jangkitan Covid.
Pihak doktor menyatakan lagi bahawa selain organ paru-paru yang ada kesan, jantung Siti Sarah juga kini dalam keadaan lemah.
Mereka harapkan agar paru-paru akan kembali normal dan dapat hantar oksigen dalam badan dengan normal.
“Oleh kerana Siti Sarah terkena Covid, paru-paru dia dah terkesan. Jantung dia pun sudah lemah. Mungkin sepanjang pembedahan mengeluarkan bayi semalam, jantung dia banyak bekerja.”
“Difahamkan juga, sekarang ni ada sikit darah beku di bahagian paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh nak buat apa-apa lagi sebab semalam Sarah baru menjalani operation.”
Itulah update terkini tentang keadaan Siti Sarah. Sejak berita tentang isterinya diketahui umum, Shuib akui banyak komen serta mesej dan doa yang telah diterimanya.
Shuib amat berterima kasih dan berasa terharu dengan doa serta komen dari orang ramai, bukan saja insan yang dikenali tetapi seluruh Malaysia beri sokongan kepadanya.
“Saya amat terharu ketika keadaan sekarang ni, ada saja orang hantar dan tunjuk anak-anak tahfiz baca surah Yassin. Terima kasih banyak-banyak sebab doakan Sarah. Ianya satu rahmat amat besar buat kami sekeluarga.”
Itulah komen dari Shuib seperti yang dilaporkan oleh portal Kosmo Online.