Uqasha Senrose rasa kosong, akui hubungan dengan Nelydia dah lain

7,389 views

Uqasha Senrose satu nama yang agak besar pada waktu ini. Adik beradik Senrose termasuk Nelydia dan Raysha Rizrose kini memang amat popular dan sering mewarnai kaca tv di Malaysia.

Dalam perkembangan terkininya, walaupun agak popular dan mempunyai ramai peminat serta follower di laman media sosial, Uqasha berkata dia sebenarnya agak teliti dalam memilih kawan rapat. Dia juga akui kini lebih memilih untuk hadkan kawan rapat dan boleh dipercayai.

Uqasha buat macam tu sebab dia nak elak daripada terlibat dalam mana-mana agenda peribadi memandangkan ada yang banyak mahu ambil kesempatan ke atas orang lain termasuklah dirinya.

Kata Uqasha Senrose, dia memang tak ada ramai kawan dalam industri, dan Uqasha hanya rapat serta selalu meluangkan masa dengan adik-beradik serta keluarga nya sahaja.

Ini komen Uqasha: “Zaman skrang bahaya. Kita perlu had pergaulan sebab pengkhianat ada je kat mana-mana. Oleh kerana itu, saya akan hati-hati utk pilih kawan. Niat org kita tak tahu samada ikhlas ataupun tidak.

“Sbb sy takut dgn pengkhianat yg selalunya muncul dlm kalangan orang yg kita kenali. Tak kisah ruang lingkung kehidupan sy kecik dan ada mereka yg rapat seperti keluarga asalkan hidup saya tak ganggu org lain”

Dalam pada itu, Uqasha akui hubungan nya dengan adik Nelydia Senrose kini dahpun lain sikit setelah Nelydia dahpun berkahwin. Nelydia Senrose bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Hafez Halimi pada tarikh 6 April yang lalu.

Uqasha yang kini dah berusia 27 tahun, memberitahu dia kini lebih focus pada kerjayanya dan menyatakan rutin hidupnya kini berubah.

“Jadual busy bukanlah dirancangpun tetapi ianya rezeki. Selain rezeki, sy bukan ada komitmen lain ketika ini. Jadi lebih baik saya gunakan kudrat saya untuk terus kerja.

“Bukan tak nak ambil waktu utk berehat tapi kalau nak cuti pun saya dah tiada kawan. Selama ini saya rapat dgn family dan banyak habis masa dgn mereka jika cuti ke mana-mana.

“Oleh kerana Nelydia dah berkahwin, sy sendiri perlu faham dia ada keluarga dan situasi tak boleh macam dulu lagi”

“Memang dah jadi lain. Sy rasa kosong sebab tak ada kawan sekepala. Memanglah hubungan kami tak akan putus tapi byk benda dah berubah sebab dia pun dah ada komitmen lain sekarang”

Itulah komen Uqasha Senrose tentang keadaannya terkini sekarang ni.