Urat jelas timbul, ada kata Che Ta dah berkedut pula “Tangan saya ni tak ada isi lah”

2,568 views

Rozita Che Wan kini seringkali tampil di video untuk barangan inai miliknya iaitu Inai Che Ta. 

Selalu tayang tangannya, ada pihak yang mula berkata tentang urat-urat yang tilbul di tangannya itu. 

Ada yang mengatakan dah jelas kelihatan tangan Rozita Che Wan yang mesra disapa Che Ta tu, kini dah naik berkedut. 

Namun begitu, kata Che Ta, tangannya bukanlah berkedut-kedut sebaliknya urat yang jelas kelihatan kerana dirinya tak banyak isi. 

“Jhat mulut ada yang mengata tangan saya ni berkedut. Apanya berkedut. Cuba lah korang pergi zoom tengok betul-betul, itu urat ke kedut tu.” 

“Tangan saya ni tak ada isi daging dan sebab itulah dia ada keluar urat. Tapi tak apalah. Tak perlulah nak tengok urat saya tu. Tengoklah inai yang best ni.” 

“Inai ni tengok tak, tapi ada yang sibuk nak tengok saya punya urat pula. Lepas tu kata dah berkedut pula tu.” 

Melihat di ruangan komen, ramai peminat setia Che Ta meminta pelakon dan pengacara berkenaan abaikan semua komen sedemikian. 

“Che Ta ni tetap cantik dari dulu lagi. Makin lama makin cantik. Biar saja orang mengata, pedulikan.” 

“Tangan Che Ta ni cantik saja, gebu gitu, putih. Kami semua tengok segak je.” 

“Steady je Che Ta jawab komen dari netizen ni, macam kawan je dia buat.” 

Selain aktif berlakon dan mengacara, Rozita Che Wan yang merupakan isteri kepada Zain Saidin dan ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini memang begitu aktif dalam bidang perniagaan. 

Antara perniagaan Che Ta ialah perniagaan minyak wangi yang pernah viral, business tudung, dan kini bekerjasama dengan Mazaville, mengeluarkan inai mudah guna pakai. 

Dengarnya lepas ni Rozita Che Wan akan ada satu lagi barangan iaitu perniagaan biskut Che Ta pula.