Jom tengok rumah baru Wany Hasrita, house tour

4,813 views

Wany Hasrita antara penyanyi yang sedang meningkat naik namanya sejak beberapa tahun ini. 

Penyanyi berumur 30 tahun ini baru saja mendirikan rumah tangga bersama seorang pilot bernama Adib pada tahun ini. 

Ramai yang suka dengan kisah percintaan Wany dan suaminya itu yang amat low profile dan amat bersederhana kedua dua mereka. 

Selain aktif menyanyi, Wany Hasrita juga mempunyai laman media khas buat para peminatnya iaitu channel youtube Wany Hasrita yang sudah pun mempunyai ratusan ribu pengikut. 

Di channel ini, banyak sisi lain serta perjalanan harian Wany Hasrita yang ditayangkan kepada peminatnya. 

Beberapa hari yang lepas, Wany Hasrita ada membuat satu content yang dinanti ramai iaitu house tour, rumah barunya, dari developer Eco World Residence Club. 

Katanya dia dah lama nak buat namun telah tertangguh lama, dan akhirnya kini dah siap pun video berkenaan. 

“Dah delay lama, kini baru sempat buat. Ada buat sedikit renovation baru-baru ini, jom house tour.” 

Jelas Wany Hasrita setelah buat renovation rumahnya, antara bahagian yang dia suka ialah dinding di sekitar dapur dan juga living room. 

Antara yang baru ditukar ialah langsir dan juga perabot yang kini lebih tersusun dan juga kemas. 

Wany turut mengupah designer untuk membuat decoration dalaman rumahnya dan juga taman di depan rumahnya itu. 

Ini kawasan luar rumah dan juga garden.

Ini kawasan dapur dan juga ruang tamu.

Wany Hasrita juga ada menghadiahkan kerusi urut untuk ibunya.

Seperti kebanyakkan idaman wanita, Wany Hasrita juga mempunyai walking wardrobe sendiri. 

Ini bahagian bilik serta wardrobe.

Kata Wany, pemilihan semua perabot dan warna ini membuatkan rumah lebih selesa.

“Apa yang terhasil membuatkan rumah ini betul-betul lebih homey la, tak nampak macam rumah sewa atau rumah sementara, memang nampak macam rumah kita tau.” 

Ini video penuh house tour rumah Wany Hasrita, jom tengok. 

Memang cantik rumah Wany Hasrita ini, tahniah diucapkan kepada Wany dan didoakan agar terus sukses dalam dunia seni selepas ini.