Usop berjaya miliki kereta idaman, Mercedes AMG warna merah

2,203 views

Penyanyi Usop meluahkan rasa syukur kerana dapat satu lagi rezeki yang dah lama diidamkan.

Akhirnya Usop dikurniakan rezeki untuk memiliki kereta idamannya iaiti kereta mewah jenis Mercedes AMG.

Kata penyanyi berumur 24 tahun ini, dia benar-benar tak sangka angan-angannya nak dapat kereta Mercedes itu kini dah menjadi satu reality dan kenyataan.

“Syukur sangat, alhamdulilah dapat juga pakai kereta ni. Dulu memang hanya tengok saja orang lain naik. Syukur sangat tuhan beri merasa nikmat dunia ni.”

“Sungguhpun taklah semahal mana tetap bersyukur juga. Terima kasih baba, mama dan isteri saya kerana selalu saja berdoa untuk saya. Sayang semuanya.”

Komen berkenaan ditulis sendiri oleh Usop menerusi satu posting di laman media sosial miliknya setelah memiliki kereta berkenaan.

Kata Usop dia amat berterima kasih dan menghargai kesemua mereka yang meyokongnya termasuklah ibu bapa dan juga isteri.

Usop juga muatnaik gambar dirinya sedang duduk sandar di sebelah kereta barunya itu yang berwarna merah, memang cun kereta ni.

Menjenguk di ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata pujian kepada Usop kerana berjaya meiliki kereta mewah berkenaan.

“Tahniah serta bersyukur atas nikmat darinya bro, ini memang rezeki. Banyakkan berdoa dan bersyukur.”

“Ini merupakan rezeki isteri dan juga anak. Syukur kepada Yang Maha Esa, pemberi rezeki.”

Itu merupakan antara komen yang ditulis oleh peminatnya.

Melihat kembali penglibatan Usop dalam duni seni ini, penyanyi berasal dari Kedah ini menduduki tempat kedua dalam pertandingan Mentor pada tahun 2017. Dari situ, kariernya sebagai penyanyi mula bersinar.

Pada tahun 2021, bulan February, Usop berkahwin dengan seorang model bernama Nur Fatihah dan kini mengumumkan sedang menunggu cahaya mata yang pertama.