“Baru kenal dua bulan dengan bakal isteri” Shahir Zawawi nak kahwin

1,676 views

Antara penyanyi hebat keluaran Akademi Fantasia ialah juara musim ke 8 iaitu Shahir Zawawi. Dengan suara yang lunak, Shahir terus melangkah maju dalam bidang seni suara.

Namun Shahir Zawawi juga seringkali terkait dengan kisah peribadi termasuklah kisah hubungan percintaannya.

Kini dalam perkembangan terkini, penyanyi ini dikatakan akan akhiri zaman bujangnya di usia 34 tahun, pada tahun ini.

Menerusi laporan portal Mstar, Shahir akan menamatkan solo dengan seorang wanita yang baru saja dikenali olehnya sejak dua bulan yang lepas.

Pengakuan Shahir, perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita berkenaan adalah suatu yang spontan dan tak dijangka-jangka.

Apa pun, Shahir amat yakin, malah selesa untuk memilih wanita berkenaan sebagai calon isteri sungguhpun tempoh perkenalan yang agak singkat. Ini komen tuan punya badan.

“Kami baru berkenalan dan hubungan kami memang berjalan dengan amat lancar. Saya selesa bersama dia dan kami sama-sama mahu ke fasa yang selanjutnya.”

“Saya memang tak jangka akan berkahwin, tetapi saya rasa di umur saya sekarang ini, sudah sesuai untuk tuju ke arah tersebut. InsyaAllah akan berlangusng pada tahun ini.”

“Aturan dari Illahi ini kita tak tahu. Setakat ini belum lagi ada tarikh yang spesifik, kami hanya plan dulu saja.”

Buat masa sekarang, Shahir belum lagi mahu mendedahkan identity bakal isterinya itu, yang mana dia bukannya seorang dari dunia seni.

“Dia dah faham dengan dunia seni dan boleh suaikan diri. Apapun, apabila sudah dekat tarikh perkahwinan nanti, baru saya akan umum kepada semua. Saya pun tak mahu orang berkata-kata kalau nampak saya dengan wanita.”

Shahir Zawawi juga berkata, dunia seninya juga masih lagi berjalan dengan baik dan dia telah menerima banyak tawaran menyanyi ketika ini, apatah lagi setelah bergelar juara untuk rancnagan nyanyian Hijrahku.