Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad baru-baru ini telah pergi ke Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai USA.
Uyaina ada muatnaik beberapa keping foto ketika berada di negara berkenaan sebagai kenang kenangan.
Antara tempat yang dilawati oleh Uyaina ialah papan ikonik Hollywood dan juga Walk of Fame, yang terletak di bandar Los Angeles di negeri California.
DITAHAN DI LOS ANGELES, CALIFORNIA
Namun semalam, Uyaina, 30 tahun, menyatakan dia telah membatalkan hasratnya untuk pergi ke bandar lain di USA, ekoran dirinya telah ditahan oleh pihak berkuasa.
Uyaina telah ditahan oleh marshal USA kerana penampilannya betudung litup kelihatan umpama wanita arab.
Isteri kepada Raja Syahiran ini akui amat cemas apatah lagi dia memang lantang berbicara tentang isu yang berlaku di tanah arab ketika ini.
“Marshal Amerika Syarikat tahan saya dan soal siatat saya.”
“Ini mungkin kerana saya ni bertudung tutup dari atas sampai bawah dan juga kening saya tebal jadi mereka fikir saya ni orang arab.”
“Semasa marshal tu tahan saya, memang dah rasa jantung ni jatuh ke lantai. Dia seorang yang berbadan besar dan tengok saya atas bawah. Seram betul.”
“Especially penahanan itu buat selepas saya upload video yang dah viral sebelum ini. Ingat dia tahan saya sebab video tu.”
“Dalam hati saya, eh video tu sampai ke Amerika ke, mereka faham ke Bahasa Melayu.”
“Syukur saya tak ditahan. Tak ada apa-apa sampai tahap saya ditahan.”
Uyaina akui merekod dan upload videonya itu semasa dirinya berada di Amerika.
Selepas di soal siasat, Uyaina dilepaskan namun ekoran kejadian itu, Uyaina bimbang keselamatannya lantas telah membatalkan rancangan untuk ke New York.
“Dalam hati saya masa itu terus nak cepat balik Malaysia. Berani juga saya buat dan rekod video semasa di Amerika Syarikat.”
“Patut saya pergi ke New York selepas Los Angelas tapi saya terus saja cancel.”
“Ada rasa dan firasat yang tidak best untuk ke New York. Naluri saya kata jangan pergi.”
“Oleh sebab itu, saya terus tukar penerbangan saya, semuanya last minute.”
SEBAB UYAINA PERGI KE AMERIKA SYARIKAT
Kata Uyaina, dia pergi ke sana bukannya hanya untuk berjalan-jalan atau bersukaria sebaliknya Uyaina ke sana atas urusan kerja.
Uyaina telah menyertai satu festival yang diadakan di Los Angeles iaitu AFM23 atau American Film Market.
“Saya dua minggu di sini, saya datang lepas pergi Cappadocia, Turki.”
“Korang berhenti kerja tak, kena berhenti kerja ke untuk terus vokal dan lantang bersuara.”
“Ini memang kerja saya.”
“Sebenarnya banyak brand yang saya dah tolak untuk berkerja sama yang terlibat dengan isu di tanah arab.”
Itulah sedikit kisah Uyaina Arshad ketika berada di USA.
Apapun, kini Uyaina Arshad dan pun selamat pulang ke tanah air.