"Dia jejaka kulit gelap" Mimi Fly temui cinta dengan doktor pakar di Amerika Syarikat - News Tel

“Dia jejaka kulit gelap” Mimi Fly temui cinta dengan doktor pakar di Amerika Syarikat

8,991 views

Bergelar sebagai janda selama 5 tahun, kini penyanyi Mimi Fly sedang menjalinkan hubungan dengan soerang warga Maerika Syarikat.

Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina, 35 tahun, memberiathu, dia dan jejaka berkenaan mula jalinkan hubungan dua tahun lepas. Kini hubungan mereka semakin serius.

Tentang pertemuan, Mimi memberitahu dia berkenalan ketika bercuti di satu destinasi.

“Saya dah jumpa cinta baru, dia jauh, seorang jejaka kulit gelap.”

“Mulanya kami berkenalan setelah bertemu di satu destinasi percutian. Kebetulan bercuti di tempat yang sama. Sejak itu, kami jadi rapat namun hubungan diteruskan secara jarak jauh. Ini kerana dia menetap di Amerika Syarikat.”

“Dia seorang doktor pakar tulang. Bagi saya dia ni sangat faham saya dan berfikiran terbuka. Dia tak ada rasa takut tentang cara saya bawa diri di depan orang ramai.”

“Nak dipendekkan cerita, first time jumpa, saya terus terpaut hati dan dia pun ada energy yang sama.”

Tentang hubungan melangkah ke fasa seterusnya, Mimi berkata dia tak mahu memifirkan sangat.

“Apapun semua dengan izin Nya, jika ada jodoh, maka jadilah.”

“Mungkin dia inilah kegembiraan yang saya cari selama ini. Sebagai wanita, saya rasa semua orang layak temui jodoh yang dapat membawa kita untuk maju ke depan dan baiki apa kekurangan diri.”

“Kalau boleh, saya nak hubungan kami ke fasa seterusnya sebab dia sendiri pun dah banyak support saya untuk jadi manusia yang lebih baik.”

Tentang ditanya sama ada Mimi rasa khuatir untuk berkenalan dengan warga kulit gelap, bagi Mimi itu semua tak ada isu.

“Ibu bapa saya pun tidak kisah, mereka nak tengok saya bahagia.”

“Ada yang tanya saya, tak takut ke kawan dengan orang kulit hitam dan jawapan saya, memang tak langsung kerana saya rasa lelaki Melayu ni lebih senang rasa tercabar apatah lagi dengan gaya hidup saya yang terbuka ini. Ini berdasarkan beberapa hubungan yang saya lalui sebelum ini.”

Mimi Fly berkata lagi, dia harap orang di luar sana nak fikir yang bukan-bukan dan doakan agar urusannya dipermudahkan.

Latest from Hiburan


Syarikat makanan pula buat report polis ke atas Mak Wan Latah, baca kronologi kesnya

23,926 views

Kini satu lagi kes melanda Mak Wan Latah. Yang terbaru ini, ianya berkaitan dengan kerja pula.

Dari satu laporan, dikatakan sebuah syarikat makanan telah buat report polis ke atas pelakon ini kerana langgar kontrak.

Mak Wan Latah dikatakan tak hadir ke sesi penggambaran untuk sebuah iklan untuk syarikat makanan berkenaan.

Dikatakan, alasan yang diberikan ialah ujian saliva test Mak Wan positif. Namun begitu, pihak produksi umpama tak percaya kerana beberapa sebab seperti ujian itu tiada tarikh dan juga nama Mak Wan.

Malah ada juga gambar kononnya Mak Wan berada di tempat lain.

“Dah berbincang dan Mak Wan setuju. Pada tarikh 30 Mac 2022, Mak Wan tandatangani perjanjian kerja semasa berada di pejabat syarikat. Sebelum itu, pada 29 Mac 2022, syarikat ada membuat bayaran 50 peratus secara online. Kemudian, pada 1 April 2022, pihak syarikat sudah membuat bayaran ke dua.”

“Namun, pada hari penggambaran iaitu 2 April 2022, Mak Wan memaklumkan dia positif dengan menghantar bukti ujian saliva.”

Jelas syarikat itu, dia meminta Mak Wan memulangkan semula wang yang diterima Mak Wan, namun sehingga laporan polis dibuat, wang berkenaan masih belum dipulangkan.

Yang buat syarikat itu bingung, Mak Wan juga dikatakan tak angkat call dan telah block nombor phone.

Ini pendedahan dari syarikat berkenaan.

Setelah isu ini tular, akhirnya Mak Wan memberi respon yang minima tentang isu ini pula. Baginya apa yang berlaku semuamnya satu ujian buat dirinya.

“Saya pun tak tau nak cakap apa dah. Memang banyak ujian pada saya, nak buat macam mana? Allah yang berikan pada saya.”

“Dah cuba untuk jadi kuat, tapi saya ni menangis juga, sebab saya ni wanita biasa.”

Itu komen dari Mak Wan melalui satu sesi live di akaun media sosial miliknya.

Go to Top