Uyaina sampai kena merangkak nak ke tandas, kini ditahan di hospital

4,978 views

Pasangan pengantin baru Uyaina Arshad dan Raja Syahiran disahkan telah positif Covid bermula beberapa hari yang lalu.

Menerusi komen Uyaina, suaminya Raja Syahiran telah jalani kuarantin di rumah, namun Uyaina terpaksa masuk ke hospital kerana mempunyai isu lain.

Uyaina diperiksa di hospital sebab mempunyai gejala badan terlalu lemah selain bacaan tekanan darah yang terlalu rendah.

Jelas Uyaina, keadaannya memang agak tidak baik sejak dijangkiti.

“Setiap orang yang kena, mungkin lain dan berbeza. Ada orang yang kena hanya ada symptom yang biasa dan sederhana.”

“Namun, badan saya memang terasa begitusakit, terutama pada hari kedua sampai hari ketiga. Masa tu, nak jalan pergi ke tandas pun merangkak. Badan rasa begitu lemah.”

“Selain itu, di bahagian tekak pula terasa macam dah kena lenyek. begitu sukar nak bernafas. Demam sampai rasa menggigil. Apa yang saya tahu, ianya turut kacau organ dalaman saya.”

Uyaina kemudian mengingatkan orang ramai agar cepat ambil vaksin selain sentiasa amalkan gaya hidup sihat serta amalkan SOP.

“Saya ni dah cucuk vaksin. Bayangkanlah kepada orang yang tidak ambil vaksin langsung. Golongan yang tak nak vaksin, macam mana agaknya keadaan mereka.”

“Mahu diingatkan nikmat paling besar ialah kesihatan. Kenalah jaganya dengan baik.”

Ketika ini kes yang psositif dilihat semkain meningkat saban hari. Dengan varian baru, ianyat lebih mudah merebak dalam masa yang singkat.

Apa yang merisaukan ialah golongan warga emas dan juga kanak-kanak, serta mereka yang mempunyai isu kronik dengan kesihatan.

Semoga Uyaina dan suaminya Raja Syahiran baik-baik saja selepas ini.

Untuk info, selain Uyaina dan Raja Syahiran, antara selbriti lain yang turut positif ialah Afdlin Shauki, Syatilla Melvin, Aiman Hakim dan isteri Zahirah Mcwilson, Janna Nick, Elvina dan Achey.