Video bingkisan hati ibu, “Ayda dan Fyna Jebat karakter yang berbeza”

13,289 views

Dua adik beradik penyanyi Ayda Jebat, 30 tahun, dan adiknya Fyna Jebat, 29 tahun, kini merupakan antara peserta rancangan nyanyian Family Duo yang bersiaran di TV3. 

Ketika di rancangan berkenaan, ada satu video klip menunjukkan ibu mereka berdua ini iaitu Puan Rohana ada bercerita tentang anak-anaknya itu. 

Kata ibu, Ayda dan Fyna sememangnya mempunyai karakter yang berlainan. 

“Ayda dengan Fyna ni memang karakter yang berbeza. Ayda ni seorang anak yang baik, serta bagus. Dia ni memang sentiasa akan ingat kepada kami sekeluarga.” 

“Dia juga memang teramat banyak membantu. Apapun, Ayda ni seorang anak yang boleh dikatakan amat tegas orangnya.”  

Jelas Rohana, Fyna seorang yang suka sendirian dan lebih pendiam. 

“Sementara itu, adiknya Fyna pula seorang anak yang agak pendiam. Dia ni memang tak banyak karenah. Dia memang jenis yang suka menyendiri.” 

Sebaagi ibu, Rihana syukur anak-anak sentiasa menjaga dan membantunya. 

“Sehingga sekarang ni syukur, anak-anak saya ni selalu saja ingat pada saya dan keluarga. Apabila saya dah berkahwin lain, mereka membantu saya.” 

“Bila anak-anak saya semua dah membesar, saya rasa macam amat dihargai oleh mereka. Itu memang membuatkan saya ni rasa sayu.” 

“Moment tu saya akan sentiasa ingatinya. Saya lebih pentingkan anak saya dari diri sendiri. Saya rela nak berkorban anak-anak saya.” 

“Saya syukur sangat anak saya ni membesar dan dapat menjaga saya dengan amat baik.” 

Ketika di akhir video, ibu Ayda dan Fyna sempat memberi sedikit pesanan. 

“Saya minta orang di luar sana, anak-anak yang ada lagi ibu bapa, hargailah orang tua.” 

“Saya sentiasa doakan anak saya Ayda dan Fyna untuk berusaha maju ke depan, dan gangga orang tua, dan berjaya mahu capai apa yang diinginkan.” 

Ini video penuh rakaman yang dimuatnaik oleh kelab peminat Fyna iaitu Fynatic FC. 

Semoga maju jaya buat Ayda Jebat dan juga Fyna Jebat dalam rancangan Family Duo.