Adam Shahz dan Fatin Afeefa gagal capai kata sepakat “Tiga bulan tak jumpa anak”

8,354 views

Adam Shahz dan Fatin Afeefa tidak berjaya mencapai kata sepakat berkenaan isu hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia. 

Kedua pelakon ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini untuk proses membincangkan hak jagaan anak mereka di depan hakim. 

Namun begitu perbincangan ini ternyata telah gagal dan proses seterusnya akan dibuat pada hujung bulan Februari depan. 

Adam Shahz dalam satu kenyataan berkata dia tegas dengan pendirian mahu hak sebagai bapa terhadap anak perempuannya itu yang kini dah masuk ke umur 8 tahun. 

Jika pun tidak dapat hak penjagaan bersama, Adam mahukan hak lawatan terhadap anaknya itu. 

“Saya nak jumpa anak, sungguhpun kalau saya tak dapat hak penjagaan, saya mahukan hak lawatan.” 

“Patut perkara ini tak jadi isu sebab kami dah berpisah namun jika tengok situasi sekarang ni saya mahukan hak saya.” 

Tentang anaknya, Adam Shahz memberiathu dia dah tiga bulan lamanya tak berjumpa anaknya yang bernama Ivy itu. 

Malah, Adam Shahz tak tahu menahu hal anaknya kerana semua keluarga Fatin Afeefa dan pun menyekat telefonnya. 

“Saya sendiri tak tahu anak saya di mana sekarang ni. Ini kerana Fatin, mak mentua dan family sebelah sana dah pun block, jadi saya tak boleh nak contact.” 

“Apa yang saya dapat tahu info, ada orang yang meyampaikan bahawa anak saya dah dihantar ke sekolah asrama.” 

Adam Shahz hadir seorang diri ke mahkamah manakala Fatin Afeefa hadir ditemi suami yang baru dikahwini nya iaitu jutawan trader bernama Aliff Awang, dan turut ditemani dua orang peguam. 

Kes perbincangan antara Adam Shahz dan Fatin Afeefa akan dilakukan pada tarikh baru iaitu 28 Februari 2023 depan.