Walau rumah mak hanya 10 minit, Rosyam Nor tetap tak balik raya

4,045 views

Walau rumah ibu hanya ada di di Kampung Melayu Subang, Selangor, namun pelakon dan pengarah popular tanah air iaitu Datuk Rosyam Nor dan adik-beradik serta ahli keluarga terdekat telah berbincang dan setuju untuk tak balik ke rumah ibunya itu ketika Hari Raya Aidilfitri yang telah dijangka jatuh pada hari Ahad ini.

Walaupun rumah ibunya hanya jarak masa 10 minit sahaja, demin nak sahut seruan kerajaan, Rosyam dan adik beradiknya tak akan balik raya pada tahun ini.

Malahan, Rosyam Nor telah memberi ingatan pada saudara maranya agar jangan datang untuk lawat ibunya yang berusia 80 tahun itu.

Pelakon ini turut menunjukkan satu banner yang mana ibunya tidak menerima kunjungan sesiapapun dalam masa adanya coronavirus ini. Banner itu telah digantung di depan rumah ibunya.

Ini tulis Rosyam Nor: “Video call saja ye mak. Sebab sayang mak lah. Untuk sahut arahan kerajaan dan juga pihak kementerian kesihatan. Sungguhpun kampung mak aku dekat Kampung Melayu Subang aje, dalam 10 minit perjalanan dari rumah aku. Namun kerana umur mak dah 80 tahun, kami semua buat keputusan tak perlulah nak balik kampung untuk raya pada tahun ni.”

“Sebab ada gantung banner kerana risau juga, kami tak balik tapi ada orang lain pulak yang dating rumah ibu nanti.”

“Selalunya bila hari raya, rumah mak aku akan jadi tumpuan. Memang banyak sampai beratus anak cucu,anak cucu saudara. Ini kerana dalam keluarga mak aku, hanya tinggal dia saja yang masih hidup. Jadi ramai sanak saudara akan datang melawat.”

“Maafkan lah kami sekeluarga ye. Ini untuk kebaikan bersama juga. Jika dengan izinnya, ada umur yang panjang, tahun depan kita sambuat hari raya sakan ye.”

Di ruangan komen, ramai juga yang setuju dengan tindakan Rosyam Nor itu. Ini penting untuk elakkan orang ramai dari bertemu ibunya yang dahpun berumur 80 tahun. Lebih baik elakkan risiko.