Wany Hasrita akhirnya tunjuk wajah anak sulungnya, Aishah Al Iman

6,108 views

Wany Hasrita dan suaminya, Adib Fahmi telah menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka pada Julai yang lalu. 

Nama anak sulung yang dipilih pasangan suami isteri ini ialah Aishah Al Iman

Di usianya yang kini dah masuk ke umur 4 bulan, akhirnya Wany Hasrita telah menunjukkan wajah anaknya itu kepada khalayak. 

Wajah anaknya itu ditayang menerusi muzik video untuk lagu barunya berjudul Cinta Hatiku. 

Kata Wany, suaminya telah memberi keizinan untuknya menampilkan baby Aishah di video berkenaan. 

“Terima kasih banyak saya ucapkan kepada suami sebab dia memberi kebenaran untuk Aishah terlibat sama dalam video ini.” 

“Aishah kan masih lagi kecil, memang saya kena minta izin suami dulu.” 

“Saya bersyukur sebab mempunyai suami yang amat memahami dan sering memberi sokongan tak berbelah bagi kepada saya.” 

Ini beberapa keping foto wajah anak sulung Wany Hasrita iaitu baby Aishah. 

Bercerita tentang pembikinan lagu serta muzik video Cinta Hatiku, Wany menyatakan lagu ini memang berkisar tentang kasih sayang ibu kepada anaknya. 

“Lagu ini tentang kasih ibu kepada kurniaan paling hebat iaitu anak.” 

“Sebenarnya, memang saya yang meminta pihak FMC untuk buat lagu tentang anak ni.” 

“Saya rakam video ni dua kali, iaitu masa sedang sarat hamil sekitar minggu ke 37, dan lagi sekali selepas saya selamat bersalin.” 

Diimbas kembali, Wany Hasrita telah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang bernama Mohd Adib Fahmi pada Julai 2022. 

Pada tahun 2023, Wany mengumumkan dirinya sedang hamil dan kemudian telah selamat melahirkan anak sulungnya itu pada 8 July 2023 secara normal.  

Baby Aishah Al Iman kini sudah berumur empat tahun dan dalam keadaan sihat walafiat, semoga membesar dengan baik ye Aishah.