Wany Hasrita tewas, ini reaksinya bila Mira Filzah menang

6,277 views

Tahun lepas nama penyanyi baru, Wany Hasrita telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular akan tetapi tahun ini Wany langsung tak berjaya membawa pulang sebarang trofi pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Ini sekaligus menjadi tanda tanya tentang apa sebenarnya yang berlaku dan apa agakanya komen dari Wany Hasrita tentang hal ini.

Apabial ditanya kepada Wany Hasrita, dia dengan tenang telah memberi respon dan menyatakan tahun ini bukanlah rezeki miliknya dan dia akan sentiasa amalkan sikap positif.

Ini komen dari Wany Hasrita: “Menang dan kalah merupakan adat pertandingan. Tahun lepas adalah rezeki untuk saya tapi tahun ini giliran rezeki orang lain. Mungkin tahun hadapan rezeki saya dating semula.

“Mungkin juga tahun ini, saya tak berjaya menang sebab ada yang lebih baik untuk saya, Insya-Allah. Saya percaya, Tuhan ambil sesuatu sebab nak bagi lebih baik, jadi saya positif saja.

“Kalau kita buat macam ini, sudah tentu kita akan rasa bahagia sahaja. Oleh itu, jgn lah selalu difikirkan ttg kekalahan. Sebaiknya kita jalani kerja dan rutin harian seperti biasa sahaja”

Menurut Wany, dia dah tak letak sebarang harapan kerana tidak mahu lagi kecewa apabila kalah dalam apa-apa pertandingan oleh itu dia hanya nak nikmati persembahan dan suasana ketika majlis anuegrah ABPBH.

Berbicara tentang Mira Filzah yang menang besar dan dinobatkan Bintang Paling Popular, kata Wany Hasrita, pelakon itu memang amatlah layak untuk menang.

Ini jelas Wany Hasrita: “Mira Filzah memang layak untuk menang sebab nampak dia banyak ada naskah drama dan filem selain mengacara. Lagipun, setiap orang Tuhan dah tetapkan rezeki dan ini rezeki dia.

Wany Hasrita kini  akan tampil dengan lagu single terbaru berjudul Belenggu Rindu duet dengan penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah.